Friday, December 07, 2018

Siri Buku: 20,000 Leagues Under the Sea (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

Jadi, kali ini nak berkongsi satu lagi review buku yang agak menarik, dan kali ini bukan #sirimembaca lagi, tetapi siri mendengar, iaitu buku audio (audio books). Buku ini adalah buku klasik, daripada karya Jules Verne. Audio book ini menggunakan suara aktor terkenal satu ketika dahulu, iaitu Alex Jennings. 





Buku ini berkenaan kisah, seorang biologist marin, iaitu Professor Pierre Aronnax berbangsa Perancis, yang dikehendaki mengenalpasti dan menangkap satu hidupan laut raksaksa yang mengganggu di salah satu pantai di US. Pihak berkuasa US telah mengeluarkan arahan untuk menangkap hidupan laut ini dari mengganggu nelayan dan orang-orang yang tinggal di pinggir pantai.

Prof Arronax kemudian keluar bersama krewnya, termasuk seorang hambanya, bernama Conseil pergi "berburu" hidupan laut raksaksa ini. Ketika berburu ini, kapal mereka "diserang" oleh hidupan laut raksaksa ini, dan Prof Arronax pun tidak sedar. Kemudian, ketika Prof Arronax tersedar, dia berada dalam tempat yang asing, dan gelap. Dan kemudian dia sedar yang dia bersama dengan hambanya Conseil. 

Rupa-rupanya, mereka telah ditangkap di dalam kapal selam yang dikemudi oleh Kapten Nemo. Kapten Nemo telah membina kapal selam elektik untuk pelbagai tujuan kajian marin. Malah kapal selam ini mampu bergerak pantas, dan mengelilingi dunia dalam masa singkat. Kapal selam ini dikenali sebagai Nautilus. 

Seterusnya kisah ini menceritakan bagaimana Prof Arronax menjelajah dunia lautan, dengan pelbagai tempat dikunjungi. Dan dalam masa sama, Kapten Nemo menerangkan bagaimana dia membina kapal selam ini. Terdapat beberapa tempat menarik dalam kisah ini, di mana ada satu kisahnya, Kapten Nemo berhenti berdekatan pantai, dan mengumpulkan harta karun yang ada. dan menjadi sumber kekayaannya.
Prof Arronax ditahan lebih kurang 7 bulan, sebelum akhirnya dia melepaskan diri, ketika berlaku kekalutan antara Nautilus dan satu lagi kapal yang memburu "raksasa laut" ini. Prof Arronax berjaya melepaskan diri bersama hambanya Conseil. 

-----

Orait, disebabkan ianya adalah audio book, ada beberapa fakta yang tidak dapat didengar secara jelas. lagipun, saya mendengar audio book ini ketika membawa motor pergi dan balik ke tempat kerja, selain mendengar dalam kereta. Alex Jennings berjaya membawa kesemua watak dalam cerita ini, dengan nada suara, loghat dan mimik yang berbeza serta menyakinkan. setiap suara mempunyai karakter tersendiri. 

so, sekiranya anda mempunyai masa dan sering memandu jauh, mungkin sudah tiba masa untuk anda juga bersama dalam "pengembaraan" audio ini. 

oh ye, audio book ini terdapat dalam aplikasi Spotify ye. dan kini saya telah memuatturun satu aplikasi khusus untuk buku audio, bernama "audio book" di Google Play Store.

selamat menyelami dunia buku "bercerita"!!!

regards



No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...