Saturday, November 10, 2018

Drama Perut: Short Trip to KL - Nasi Vanggey Gombak

Assalamu'alaykum,

So, kali ni nak bercerita pula satu restoran yang menarik di area Gombak - Batu Caves, Selangor. Saya pun tak pasti kat mana sebenarnya lokasi dia ni. hehe.. Namanya adalah Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak. Ia menyediakan Nasi Vanggey, serta nasi beriani dan lauk-pauk yang pelbagai. 

Depan kedai Nasi Vanggey


Untuk kali ini, kami sekeluarga mencuba Vasi Vanggey Set A dan juga Set B. Set A menyediakan nasi, ayam goreng, dan timun, serta air sirap ais. Set B ada lebih sikit, iaitu telur masin. yup, telur masin. Set A hanya RM6.90, manakala set B pula RM9.00. 

Nasi Vanggey Set A tambah dengan sotong.

Kami juga mencuba Nasi berianinya, bersama lauk yang sama. memang enak, ayam goreng/bakarnya terasa manis dan enak sekali. Tak lupa, ianya juga rangup dalam kerangupannya yang tersendiri. 

so, sekiranya anda ke Sri Gombak, atau sekitar Gombak/Batu Caves, jemputlah ke restoran Nasi Vanggey Sri Gombak.

Kami sekeluarga hanya order 3 set sahaja, kami berlima. alhamdulillah mencukupi. (perut kami sekeluarga sedikit kecil).

jumpa lagi~

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...