Friday, October 26, 2018

Siri Buku: Lukisan Tarbiah 3

Assalamu'alaykum,

so, kali ni nak berkongsi satu lagi buku dari Abeben. iaitu Lukisan Tarbiah 3. Kali ini, mesej yang disampaikan adalah lebih kepada pornografi, selain lain2 isu yang biasa kedengaran di telinga kita.


Masih mengekalkan format yang sama, iaitu ada komik, kemudian komik strip, dan karangan ringkas. Pelbagai isu yang perlu diketengahkan telah disampaikan dengan lebih "matang" kali ini. dan tidak terlalu "menyentap" perasaan. Nampaknya Abeben telah lebih matang dalam menyampaikan nasihat. 

Topik pornografi kali ini tidak disampaikan hanya untuk menyentap/menasihat, akan tetapi diberikan juga kaedah atau cara yang boleh orang ramai lakukan jika terjebak. Selain itu, kali ini Abeben juga membuat kajian yang lebih saintifik berkenaan kenapa orang boleh terjebak, dan tahap2 yang ada dalam pornografi ini. diharapkan ianya mampu membantu, walaupun sedikit kepada orang ramai yang telah terjebak...

Oklah, nak cerita banyak2 nanti takut jadi spoiler pula. So, sila dapatkan naskah anda di toko-toko buku berdekatan. 

orait, sampai bertemu lagi~

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...