Thursday, November 15, 2018

travelogzakri: Short Trip to KL - Galeri Petronas - Liberating Potential

Assalamu'alaykum,

so, kali ni nak bercerita tentang sedikit seni yang ada di Malaysia. salah satu tempat diadakan pertunjukan seni adalah di Galeri Petronas, Suria KLCC. yup, setiap kali saya ke Suria KLCC, saya akan cuba pergi ke Galeri Petronas ini. Cuma kadangkala, ianya tutup (sebab hari cuti Galeri). akan tetapi, setakat hari ni, 3 pertunjukan seni saya telah pergi. Jadi kali ini, temanya adalah:

LIBERATING POTENTIAL

Menifestasi Anjakan Digital
16 Oktober 2018 - 6 Januari 2019

Pintu masuk ke Galeri Petronas. anda perlu daftar masuk ye!
So, ianya baru bermula, iaitu pada 16 Oktober, dan akan berakhir 3-4 bulan selepas ianya bermula. jadi, sekiranya anda ke Suria KLCC, jangan lupa ke Galeri Petronas ini ye. owh, dan ianya percuma!! orait, mari kita menyelam melihat apa ada untuk pertunjukan seni kali ini.....

So, bila masuk sahaja, ada seni lampu led yang disusun mengikut sesuatu bentuk, yang saya pun tidak pasti. akan tetapi, ianya sangat cool, dan menarik!

seni lampu led yang cantik susunannya
So, di bahagian kedua pula, terdapat seni digital yang didekasikan kepada PM Malaysia terkini, iaitu Tun Dr Mahathir. Terdapat seni kaca yang menunjukkan antara hasil binaan di zaman Tun M menjadi PM buat kali pertama, seperti menara KLCC, Sepang Circuit dan sebagainya. Dan kemudian, baru saya perasan ada perkataan Mahathir dengan huruf H terbina menggunakan senibina KLCC menggantikannya.... lihat gambar di bawah!

Cool idea utk huruf H tersebut!

dari satu sudut yang lain
senibina kaca binaan ketika zaman Tun M menjadi PM kali pertama

senibina kaca dilihat dari sudut yang lain
kaca tv lama, yang menunjukkan Tun M dan moment2nya
Orait, selepas daripada segment Tun Mahathir ini, terdapat seni digital yang lain. Akan tetapi, semuanya saya capture dalam bentuk video, dan tidak mampu disupport kali ini dalam blog pula. saya juga tak berapa pandai edit video untuk diupload dalam Youtube. So, hanya boleh disebut jela kot

Ada satu bahagian yang menunjukkan seni video tanpa suara, dengan pergerakan model dalam video dengan tema tertentu. akan tetapi, saya pun tidak pasti apa yang hendak disampaikannya. Kemudian, terdapat juga satu pameran menarik dari UNIMAS, ianya menggabungkan seni budaya orang Sarawak (tak pasti kaum apa), serta video berkenaan alam di Sarawak. really nice! akan tetapi tak mampu nak tunjuk pula, sebab saya ambil video. satu lagi, adalah video gabungan "permainan mata", terdapat screen yang berkelip2 di depan kita, dan terdapat dua lampu berlainan warna di kiri dan kanan. kita perlu duduk atas kerusi yang disediakan, dan tutup mata. kemudian pandang ke kanan/kiri kita, buka mata. selepas beberapa minit, lihat ke screen yang berkelip di depan. dan lihat objek yang kita nampak terkeluar hasil "permainan mata" kita. dan kemudian kita dikehendaki melukis objek itu dalam buku yang disediakan..

dan seni terakhir yang terdapat kali ini adalah gambaran 3 Dimensi. kita akan dibekalkan dengan cermin mata berwarna biru dan merah. dan melihat objek daripada paparan skrin yang disediakan. objek kelihatan muncul, dan gambar yang dipaparkan adalah gambar daripada pemandangan pantai, hutan dan lain-lain lagi (yang ni terlupa nak ambil gambar)

so, sekiranya anda berkunjung ke Suria KLCC, luangkan masa sedikit untuk ke Galeri Petronas ini. tingkat 3. berada di wing yang sama dengan laluan masuk daripada LRT. 

so, selamat menikmati seni di sini!

regards


No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...