So, kali ni nak bercerita pasal satu buku yang katanya takde lagi di toko-toko buku berhampiran, dan hanya boleh dibeli melalui satu syarikat je. Iaitu buku Travelog Haji di Tanah Haram. buku ini keluaran Rarecation, anak syarikat daripada RWRP, iaitu salah seorang pemiliknya adalah fotografer tersohor di Malaysia, Saiful Nang.
ok baik, secara dasarnya, buku ini boleh dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu berkenaan apa yang Haji Saiful Nang nampak dan rasakan di tanah haram sepanjang dia melaksanakan haji (sambil bekerja), bahagian kedua adalah post-post yang diambil daripada facebook RWRP, dan terakhir adalah gambar-gambar kenangan bersama Allahyarham Tuan Guru Haji Haron Din AlHafiz.
Bahagian pertama adalah bahagian yang paling saya berminat dan suka. Pelbagai pandangan dari sudut seorang "marhaen" boleh didapati dari penulisan Saiful Nang ini. Bagaimana dia melihat sesuatu dari sudut pandang seorang yang "kaya" dan juga dari sudut pandang seorang yang susah. Ianya insyaALLAH dapat membuka hati.
Bahagian kedua adalah penulisan yang ditulis oleh beberapa pandangan dan perbincangan dalaman daripada team RWRP. akan tetapi, bahagian ini secara peribadi saya kurang gemar. mungkin cara pandangan itu diberikan.
Bahagian ketiga adalah gambar-gambar yang dikongsikan oleh Saiful Nang, dalam mana2 tempat yang beliau bertemu dengan al-marhum Tuan Guru.
Muka belakang buku |
so, sekiranya anda berminat untuk melihat dan membaca sesuatu dari sudut pandangan berbeza, apa yang berlaku sebenarnya di Tanah Haram (walaupun tidak keseluruhan), tapi dari pelbagai pandangan yang sempat di"cover" oleh Saiful Nang. apa2 perbezaan pandangan, kena cuba baca dengan minda yang tenang, dan hati yang terbuka.
orait.
No comments:
Post a Comment