Jadi, Teme Abdullah dah keluarkan lagi dua buku untuk tahun 2018 ini, selepas buku Pelukis
Impian
Bermula dengan seorang budak bernama Iskandar, gelarannya Ikiy, dengan keluarganya (lebih tepat ibunya). Struggle yang dilalui oleh seorang budak kecil yang mempunyai beberapa kekurangan, namun berusaha supaya kelemahan itu tidak menjadi halangan dan bebanan. Dengan kekurangan itu, Ikiy berusaha dua, tiga empat kali ganda lebih daripada orang lain.
Dan dengan usahanya yang berlipat-lipat kali ganda itu, Ikiy berjaya mencapai salah satu perkara yang diimpikannya, apa yang diimpikan oleh Ikiy? kena beli la buku ini... hehe..
Kemudiannya, kisah Ikiy bersambung pula dengan perjalanan Ikiy ketika tamat pengajian Sarjana Mudanya (Bachelor Degree), bersama Ahmad (sudah pasti), serta beberapa insiden menarik pertemuan Ikiy dan Ahmad dalam kereta Kenari. dan beberapa selingan tentang Ikiy dan seorang wanita (eh tercerita). dan apa perancangan Ikiy selepasnya...
Jadi, apa yang Ikiy impikan ketika kecilnya? Apa yang terjadi dalam kereta Kenari Ikiy? apa yang Ikiy ingin lakukan selepas ini?
kena beli buku Impian
ianya mampu membuka minda, iaitu jangan hanya fokus pada kelemahan kita, tapi carilah kelebihan yang kita ada, dan usaha semampu mungkin. kalau gagal, cuba lagi, tidak mengapa kalau menangis atas kegagalan, tapi jangan jadikan ianya satu halangan untuk terus berusaha, insyaALLAH ada kejayaan atas usaha berganda yang kita lakukan....
selamat membaca!!
No comments:
Post a Comment