Wednesday, July 25, 2018

Drama Perut: Kluang Rail Coffee

Assalamu'alaykum,

So, kali ini saya nak berkongsi pula satu tempat makan menarik di Bandar Kluang, Johor. Asalnya tempat ini berada di sebelah stesen keretapi Kluang, kemudiannya dibuka cawangan di kawasan kedai, akan tetapi masih mengekalkan citarasa dan keindahan daripada gerai yang asal.

Kami pergi pada hari Jumaat, selepas menziarahi saudara berdekatan area Kluang. Asalnya kami bercadang untuk pergi kedai di stesen keretapi, akan tetapi, kedai itu berehat sebentar jam 12 tghr sehingga jam 2.30 petang setiap Jumaat. jadi kami terus pergi ke kedai yang satu lagi.

kedudukan kedai Kluang Rail Coffee: https://goo.gl/maps/HZ3fFgDzuem

Untuk kali ini, kami membuat tempahan seperti berikut
2 roti bun
2 roti pita
1 wafer
2 biji telur separuh masak
2 air honey lemon
1 air bandung

roti bun paling sedap. cuma sayang sekali roti bakar biasa tiada pula, kerana kehabisan stok. yang lain semuanya memang sedap.

Sekiranya anda ke banda Kluang, jangan lepaskan peluang untuk ke sini ye. saya sertakan bersama beberapa keping gambar yang sempat diambil di kedai ini..

jumpa lagi~~!!

Roti pita

Roti Bun yang enak

stesen air

Roti Bun + telur separuh masak

Toast of the Town~~

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...