Assalamu'alaykum,
Orait, kali ni nak kongsi satu tempat menarik untuk makan.
Yes, perihal makan pula post blog aku ni. hihi... Kedai ni terletak di Taman Mutiara Rini, Skudai Johor. Ianya berada di jalan utama bagi Taman Mutiara Rini ini, yang menghubungkan kawasan perumahan di Skudai, Gelang Patah dan boleh tembus ke Nusajaya (Iskandar Puteri).
*p/s:
Baru2 ni lalu depan kedai ni semula. akan tetapi, ianya dah tutup pula. mohon tahan lapar buat yang terliur dah dengan post ni
|
Hadapan kedai Showroom Cafe |
Kedai ini berkonsepkan moden, dengan rekebentuk yang ringkas, tapi menarik. Makanan utama di sini adalah sajian daripada Kelantan dan juga Sarawak.
|
Menu yang ada di dinding kedai |
|
Gambar makanan dijadikan hiasan dinding.. cantik |
Apa makanan yang ada di sini? macam disebutkan sebelum ini, makanan sajian daripada Kelantan dan juga dari Sarawak. Ada Nasi Kerabu, ada Laksam, Nasi Beriani pun ada, Nasi Dagang, Laksa Sarawak, dan Mee Kolok.
secara peribadinya, saya sangat menyukai Mee Kolok dan juga Laksa Sarawak yang disediakan, dengan syarat tiada taugeh. hihi~
|
Laksa Sarawak |
|
Laksa Sarawak lagi |
|
Mee Kolok |
Orait, itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi lain kali~!!
No comments:
Post a Comment