Assalamu'alaykum,
Selesai penjelajahan kami di Bandar Ipoh, kami meneruskan perjalanan menuju ke utara Perak. Destinasi kami tujui, tidak lain dan tidak bukan, Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Perjalanan dari Bandar Ipoh mengambil masa kira-kira hampir sejam. Masa kami bergerak, kereta tidak banyak atas lebuhraya, jadi perjalanan hanya mengambil masa sekitar 45 minit.
Tempat pertama yang kami lawati adalah Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid DiRaja Kuala Kangsar. Ianya telah dirasmikan pada 1917. Cerita lebih panjang boleh dibaca di
Masjid Ubudiah atau di sini:
Masjid Ubudiah
|
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar |
|
Dari sudut yang lain |
|
Mimbar Masjid Ubudiah |
|
Suasana dalam Masjid Ubudiah |
Masjid ini terasa sejuk di dalamnya, mungkin kerana kedudukannya yang berada di atas puncak bukit, atau mungkin jenis pengudaraan yang bagus. Selain dari bahan binaan yang terdiri dari marmar yang banyak.
Berdekatan dengan Masjid Ubudiah ini, terdapat Istana Kenangan, iaitu tempat tinggal sementara sebelum siapnya Istana Iskandariah. Bacaan lanjut boleh di baca di sini;
Istana Kenangan. ianya kini menjadi muzium bagi mempamerkan sejarah berkaitan.
|
Maklumat berkenaan Istana Kenangan |
|
Istana Kenangan |
|
Istana Kenangan |
Sayangnya, ketika kami melawati Istana Kenangan ini, ianya dalam proses pembaikan. Jadi kami tidak dapat melihat apa maklumat di dalamnya.
Seterusnya, kami singgah pula ke Baitul Ainur. Ianya adalah kediaman bagi Raja Kecil Sulong Perak, iaitu Raja Harun Al-Rashid. Terdapat pameran di dalam Baitul Ainur ini. Akan tetapi, bangunan ini telah dimakan usia, dan telah usang. Tangga di hadapannya juga telah roboh. Jadi berhati-hati ketika masuk ke dalam rumah ini. Dan jika ada anak kecil, saya tidak sarankan untuk masuk juga.
|
Pintu masuk Baitul Ainur |
|
Maklumat sejarah Baitul Ainur |
|
Ringkasan sejarah Baitul Ainur |
Ada lagi tempat menarik di Bandar DiRaja Kuala Kangsar ini yang kami lawati, Saya akan kongsikan dalam post akan datang.
Regard
No comments:
Post a Comment