Bersambung lagi perkongsian saya dalam trip ke Perak. Kali ini kami berada di Kuala Kangsar, dan kami telah lawati beberapa tempat menarik di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, iaitu Masjid Ubudiah, Istana Kenangan dan juga Baitul Ainur. Destinasi kami seterusnya adalah ke Galeri Sultan Azlan Shah. Ianya berdekatan dengan tempat2 lain yang kami telah lawati.
Pintu masuk ke Galeri Sultan Azlan Shah |
Galeri ini menyimpan sejarah dan barangan yang ditinggalkan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah. Ini termasuklah pakaian kebesaran baginda, sejarah pendidikan Baginda, barangan daripada hobi Baginda dan banyak lagi. Selain bangunan utama, ada 2 lagi bangunan tambahan. Ianya mempamerkan kenderaan yang pernah Baginda gunakan, ketika Baginda belajar di luar negara dan dan ketika menjadi Sultan Perak.
*p/s: Disebabkan gambar dilarang ambil di dalam bangunan, jadi hanya gambar luar bangunan sahaja yang dapat ditunjukkan.
Bangunan utama daripada pintu pagar masuk |
Pintu masuk ke bangunan utama Galeri Sultan Azlan Shah |
Pandangan sisi lain Bangunan utama |
Pandangan daripada bangunan galeri lain |
Baiklah. Selesai penjelajahan kami di Kuala Kangsar, akan tetapi ada satu lagi tempat kami menyinggah di Kuala Kangsar sebelum kami ke Bandar Taiping pula. Ke mana? kita jumpa dalam post seterusnya
regard
No comments:
Post a Comment