Wednesday, April 25, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Laksa Pak Ngah

Assalamu'alaykum,

Ok, sebelum perjalan diteruskan ke Bandar Taiping, kami menyinggah dahulu ke satu tempat yang agak terkenal di Kuala Kangsar ini, iaitu Laksa Pak Ngah. Restoran ini telah lama diwujudkan, akan tetapi, mungkin disebabkan lokasinya yang agak ke dalam, orang kurang pergi.

Depan restoran Laksa Pak Ngah


Pada hari kami pergi ke Laksa Pak Ngah ini, ianya baru sahaja dibuka, dan tidak ramai di restoran ini. Di dalamnya, terdapat hiasan dan gambar-gambar lama, pada zaman awal penjualan laksa pak ngah. Terdapat juga sejarah Laksa Pak Ngah ini, dan salah satu gambar, menunjukkan Pak Ngah menjual laksa di atas motor sahaja.




Bagaimana pula dengan rasanya? Rasanya enak, dan laksanya lembut. Tapi kami hanya bungkus sahaja, kerana waktu sudah agak lewat, dan kami perlu sampai ke Homestay yang dijanjikan sebelum maghrib.

Jadi, mana lagi destinasi kami seterusnya di Bandar Taiping? tunggu dan lihat...

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...