Assalamu’alaykum,
Okeh, mungkin cerita ni agak
basi bagi sesetengah orang, terutama peminat awakening records, ok, saya akui,
saya slowpoke, saya mungkin terkena serangan confius oleh slowbro mungkin,
menyebabkan saya tidak tahu lebih pasal mamat Raef ni banyak video on cover
lagu.
Okeh, sebelum ni, melalui
sumber yang soheh, saya menonton video klip si Raef ni, berkenaan it’s jum’ah,
satu lagu tentang cerita hari jumaat, dari awal pagi bersedia untuk solat
jumaat, dengan membaca surah Kahfi, bersiap2 ke masjid awal, dan duduk di saff
depan, dan bukan melepak di saff belakang, “chill out” kata mereka.
Kemudian, dapat tengok satu
lagi video cover lagu micheal Jackson, tapi tak minat sangat, sebab lagu agak
slow, dan sebenarnya, sebab utama, saya tidak suka tengok youtube sebenarnya. Malas
sebab nak kena habiskan masa 5 minit, beberapa minit untuk lihat video. Ok,
saya dah tua mungkin, menyebabkan saya tidak berminat dah. Dalam program2
mungkin seronok tengok, tapi kalau sorang2, lagi2 masa 8pagi – 5 petang, memang
tak bukalah.
And last week, tiba2 tergerak
hati nak tengok youtube, and then, terperasan si Raef ni, buat cover lagu lain.
Eh, best pulak. Kemudian, dengan perasaan tamak haloba, terus mencari video2
lain. Owh, dia dah ada 6 video clip. Semuanya sangat best dari segi liriknya, Cuma
lagu yang dipilih tu, macam Micheal Jackson punya lagu, tak minat sangat, so,
tak tengoklah. Haha
Tapi gaya liriknya, nampak
sangat ia bersifat tarbawi. Okeh, aku dah start…nampak orang yang dapat didikan
agama yang baik, pengharapan kepada Allah dan kasih sayang pada Allah sangat
jelas dalam lagu2 cover dia.
Ok, sekarang dh download, and
jadikan mp3, dan masuk dalam hp, untuk dengar dalam bas. Video yang best, yang
tidak berputus pada Allah. Moga Allah berkati usahanya, walaupun cover lagu
orang lain, tapi mesej dia, menusuk kalbu..haha
Albasta?
No comments:
Post a Comment