Tuesday, December 11, 2012

Bedah Buku: Jimi dan Kertas Ajaib


 Assalamu’alaykum,



Wah, kali ini saya telah berjaya menghabiskan buku karya saudara Fadhli Hamdan, penulis kreatif yang memiliki blog contengconteng.com. Kepada peminat blog conteng-conteng, mungkin sudah sedia maklum, dan mungkin sudah lama memiliki buku ini. Tapi disebabkan kekangan masa, dan juga sering terlupa nak order kepada pemilik blog, akhirnya, ketika berjalan2 di Aeon Bukit Indah semalam, ternampak (masih belum disusun, staf Popular tu baru nak susun), lalu terus membelinya. 

Karya kreatif ini sangat-sangat menarik. Selepas berjaya dengan dua siri sebelum ini, kali ini Jimi tampil untuk membuktikan bahawa seni dan sains boleh digabungkan dengan baik sekali. Jika dalam dua siri sebelum ini, Jimi telah berusaha untuk dirinya, kali ini, Jimi kembali untuk membuktikan kemampuannya memenangi pertandingan Sains, dengan hadiahnya adalah lawatan ke Pusat Sains Negara.

Namun, sebelum Jimi mencapai impian jangka pendeknya itu, dia membuat pakatan bersama rakan-rakannya perlu mencapai target rakan mereka mereka, iaitu Ganesh yang ingin memenangi pertandingan lontar peluru dalam Hari Sukan sekolah. Ganesh perlu menewaskan seorang lagi peserta yang badannya kecil sahaja, tapi lontarannya jauh daripada lontaran Ganesh. Mereka telah memikirkan taktik untuk memenanginya, dengan latihan stamina, kekuatan dan mengikut peraturan! Hehe~ berjayakah Ganesh memenangi pingat emas lontar peluru tersebut? atau lontarannya akan sedikit tertinggal di belakang peserta lontar peluru yang hebat itu?

Selepas hari sukan, barulah Jimi dan rakannya bertungkus lumus menyiapkan projek sains, iaitu menyiapkan model gunung berapi sendiri. Mereka memecahkan perancangan projek kepada beberapa modul, bermula dengan menyiapkan tapak, kemudian dengan gunung berapi itu sendiri, dan hiasan2 tepinya. Akan tetapi, 5 hari sebelum pertandingan, projek sains mereka telah disabotaj! Pecah habis hiasan, dan gunung berapi buatan mereka bertaburan di atas lantai. Mampukah Jimi memenangi pertandingan tersebut? Bagaimanakah cara Jimi ingin mengatasinya? Itu perlu dibaca sendiri…hehe~

Okeh, secara dasarnya, walaupun masa pembacaan tak sampai sejam (wau, laju giler baca), tapi cerita yang disampaikan dengan gaya kreatif sangat mudah untuk difahami. Jika novel yang panjang penuh dengan tulisan dan penghayatan, dalam buku ini, kisah Jimi disampaikan dengan bersahaja, namun penuh dengan pengajaran. Semoga Fadhli Hamdan akan terus berkarya. Tapi harap dia tidak mengabaikan blognya juga ya! Blog perlu juga diseimbangkan dengan karya2 kreatif yang perlu dibayar..hehe~ semoga terus berjaya!

Wallahu’alam

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...