Assalamu’alaykum,
Bro, lu dah dengar lagu Aku
Maafkan kamu? Hoh, best bro..giler songsang, eh? (baca: sila baca dengan nada
sangat terkejut, LOL~). Lagu ini mungkin, sekali lagi, mungkin bertujuan untuk
menerangkan keadaan seseorang yang tidak melalak (baca: mungkin menjerit) dalam
menangani sesuatu isu. Eh? Macam ada kena mengena dengan isu semasa je? LOL~
Anyway, ni bahagian chorus:
Ada teratak di hujung kampong
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi bawahnya ada
tempurung
Tersembunyi bawahnya katak
melalak
Owh, pernah dengar istilah
katak bawah tempurung? Oh, pernah rupanya. Dan maksudnya? Pastilah orang yang
tidak mengetahui keadaan di luar. Aku juga pernah merasa perkara ini, sebelum
ini Degree ku di JB, dan Masterku juga aku habiskan di JB. Owh. Johor Bahru.
Aku masih kaku dan bisu mengenai bandar2 besar lain di luar JB. Sehinggalah aku
menyambung PhD ku di Serdang.
Banyak sebenarnya yang aku
perlu tahu. Isu2 yang orang gembar gemburkan. Ketaasuban, pelanggaran, dan
macam2 lagi. Seolah2 aku ini Cuma katak bawah tempurung, malah, mungkin lebih
totok lagi, seperti bait-bait lirik lagu Malique tersebut.
Dahlah jadi katak bawah
tempurung, tempurung pulak dalam kotak, kotak bawah cermin kopak (baca:
rosak/pecah) lepas tu, dalam teratak kat hujung kampong..wow~ sangat mendalam
maksudnya…ish ish…sebab tu pepatah orang lama, Jauh Perjalanan Luas
Pemandangan, selain pemandangan, dapat juga keluasan ilmu, dan juga budaya.
Anyway, aku akan berhentikan
entryku setakat ini sahaja. Dan hayatilah bait2 lirik lagu yang aku tengah gila
sekarang ni sendiri ye. Owh, meh aku letak dari youtube sekali. Wozza~
No comments:
Post a Comment