Assalamu’alaykum,
Perjalanan dari Johor Bahru ke
Kl hanya mengambil masa kira-kira 3-4 jam sehaja, dengan laluan yang landai,
sedikit naik dan turun bukit, dan tidak banyak laluan yang berliku serta tidak
terlalu mendaki…
Anyway, perjalanan yang singkat
inilah yang selalu mendatangkan ilham yang melampau kepada penulis, entah kenapa,
banyak idea yang mampu keluar, akan tetapi, ketika berada di dalam lab, atau di
dalam keadaan static, atau lebih tepat lagi, dalam suasana yang skema, penulis
akan mati akal, dan tidak mampu menaip walhal satu baris ayat pun..wozza~
Sebenarnya, entry untuk blog
ini akhir2 ini, errr…setahun akhir ini bermula awal tahun 2011, banyak yang
dinukilkan di dalam bas, kerana suasana yang agak tenang, dan tiada gangguan
internet, eh? Itu yang menjadi masalah utama dalam penyelidikanku,
internet..atau lebih tepat, gangguan social networking. Uh uh…bahaya yang
sangat tinggi ratingnya…hehe
Anyway, perjalanan tarbiah,
perjalanan penyelidikanku sangat panjang, lebih2 lagi jalan dakwahku. Penuh
dengan liku, naik dan turun (baca: perhatikan, perkataan naik dahulu ditulis
sebelum turun, wozza~). Panjang dan Osem bak kata inche gabbana, eh?
Dan lama rasanya tidak menambah
baik diri sendiri dengan bahan bacaan yang lebih qowiey dan menusuk kalbu. Dan
kali ini, aku memilih untuk membaca satu buku yang pernah dibaca (baca: dan tak
habis sampai la ni), dan dibaca semula. Kerana rasa ingin perbaiki diri, eh?
Owh, tajuk buku simple Cuma,
iaitu “hadiah untuk pengantin”, karya Syaikh Ash-Shabuni. Buku ini terbahagi
kepada beberapa bahagian, bahagian pertama mengenai pernikahan itu sendiri,
peri penting pernikahan, dan kebaikan pernikahan itu.
Bahagian kedua, adalah
berkenaan pernikahan adalah sunnah para Nabi dan Rasul terdahulu. Bukan satu
ajaran lain.
Bahagian ketiga pula menekankan
adab melamar, uh, aku baru sampai bahagian ketiga ini.
Secara ringkas, untuk bahagian
pertama:
Pernikahan bukan sekadar untuk
bersenang-senang dan melampiaskan nafsu syahwat sahaja. Ianya adalah ibadah
yang tinggi nilainya (baca: err..ibadat kot, takkan kurang nilainya, eh?).
ikatan pernikahan adalah sesuatu yang positif, eh, cukup dulu, nanti aku cuba
untuk ungkaikan dalam satu entry lain. Semoga ALLAH beri kekuatan itu kepada
mata yang membaca, aqal yang memahami, aqal juga untuk berfikir dan
mengeluarkan idea, serta jari jemari yang tidak putus2 menaip dengan kelajuan
yang sudah tidak berapa laju…
Wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment