Tuesday, September 14, 2010

berpuasa enamlah dibulan syawal ini~

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, ramadhan usai melabuhkan tirai,
menunaikan tanggungjawabnya sebaik mungkin,
cuma kita sahaja yang tidak pasti,
menggunakannya, mengejarnya dengan terbaik, atau sekadarnya...


namun, yang lepas itu lepas,
sekarang syawal sibuk dirayakan,
dengan juadah dan pelbagai lawatan rumah ke rumah,
dengan hiasan yang tidak diambil mudah,


namun, jangan dilupakan,
sambungan amalan bulan ramadhan,
yang wajib didahulukan,
yang sunat jangan ditinggalkan,


seperti solat sunat (mana yang telah dibuat),
paling penting, puasa sunat 6 syawal,
hanya enam hari,
tapi fadilatnya besar sekali...



“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)

itu yang dijanjikan,
adakah kita nak ganjaran seperti itu?
atau "cukuplah, penatlah puasa sebulan,
nak sambung 6 dibulan syawal? uhhhh~~~"

jangan begitu kawan,
berpuasa enam dibulan syawal,
besar ganjarannya,
rugi sesiapa yang tak melaksanakannya...

okeh, pada yang dah mula,
alhamdulillah, habiskan semampu mungkin,
yang belum bermula,
mulakan dengan niat, insyaALLAH esok kita bermula (hari ni dah makan kan? :-p)

wallahu'alam....


No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...