Tuesday, September 07, 2010

Ramadhan yang akan berlalu...

Assalamu'alaykum,

adoila, ramadhan dah nak habis (lagi...),
macam2 dah jadi sepanjang ramadhan ni,
banyak kisah, tauladan untuk hati ini,
sebagai panduan dikemudian hari...

yang sedih, ada rakan taulan yang sakit,

yang terus meninggalkan kita juga ada,
yang ditimpa musibah juga sama,
simpati dan impati perlu diberikan kepada mereka...

ada yang menggembirakan,
berita kelahiran yang berturutan,
berita kenaikan pangkat, dari ayahanda kepada nenda...
hadiah yang pelbagai dan sebagainya...


yang menggembirakan,
disusuli dengan kesyukuran,
sujud syukur, bibir diulit "alhamdulillah"....
doa, sedekah tanda syukur,

pada yang kurang menggembirakan,
istighfar menjadi titipan,
hikmah dicari sebagai bekalan,
menjadi petunjuk sepanjang jalan...


ramadhan kian berlalu,
adakah malamnya kita hidupkan dengan amalan?
atau sekadar tidur pelengkap kisah sepanjang hari?
atau dipenuhkan lagi dengan aktiviti lain?


ramadhan oh ramadhan...
amalan berganda2 pahalanya,
dapat ke ditebus di bulan lain?
dapat ke nanti diteruskan sepertimana adanya?

semoga ALLAH tetapkan hati,
terus beribadah sepenuh hati,
kekal walaupun separuh, suku, atau sedikit dari amalan ramadhan..
atau sedikit dari sedikit itu...

amin...

2 comments:

Unknown said...

teruskan hebat time ramadhan.

Unknown said...

betul betul betul

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...