sejak 2 minggu yang lalu, bos TP telah panggil, dan ajak join training, dan seterusnya masuk pertandingan bola tampar antara fakulti/jabatan dalam UTM ni. dan pada awalnya, seperti tahun2 yang lalu, terasa berat hati nak bersama....
akan tetapi, kali ini, mulut terasa ringan je menjawab "ok, bila lawan?", dengan gaya dan cara persembahan yang menawan hati...
dan seterusnya, nama disenaraikan dalam senarai pemain (bukan pilihan utama), mewakili fakulti Geoinformasi. laa...tiba2 je...dan rasa macam tak patutlah kan...
anyway, selepas beberapa kali bersama dalam training, barulah mata dan hati ini terbuka, untuk melihat hikmah disebalik perkara ini...ukhuwwah antara staff, terjalin dengan lebih erat lagi...jika sebelum ini, kelihatan di kerjauhan sahaja, bila bersama dalam training, rasa lebih mesra...
dan sebelum ini, hanya bertanya khabar yang ringkas dan padat "assalamualaykum, apa khabar, sihat ke?", sebagai pembuka bicara, namun selepas beberapa kali training ini, ucapan dan sentuhan mesra lebih banyak terjadi antara kami...
wahhh...satu perkara baik....bukankah begitu?
"pastinya setiap sesuatu itu, ada hikmah disebaliknya...~"
indahnya ukhuwwah,
lebih-lebih lagi,
bersulamkan iman dan islam...
1 comment:
lepas ni boleh tepuktampar,lempanglempung.
Post a Comment