Sunday, March 07, 2010

malu

Assalamu'alaykum,


"kalau tak malu, maka kerjakanlah apa yang kamu suka"
(bukhari)


kalau tak malu, buatlah apa sahaja yang kamu suka...itu yang Ar-Rasul s.a.w telah katakan kepada para sahabatnya.


dan, sekiranya ALLAH membenci hambaNYA, maka akan ditarik perasaan malu, dan ketika itu, akan berlakulah perkara seperti membanggakan diri dengan dosa yang dilakukan....


yang baru2 ini terjadi, bangga dengan "kehilangan dara" sendiri. dan sekiranya belum hilang dara, maka ANDA KOLOT! laaa...sudahlah buat dosa, lagi tak malu memberi tahu, malah mengajak orang lain membuat dosa...dan kalau orang tu buat dosa, maka yang mengajar, akan dapat nama sekali...dan sekiranya dosa ini merebak? kepada 2 orang, 3 orang? 50 orang? aisehhh....


dan selepas dicabut rasa malu, akan dicabut pula rasa amanah....bila takde amanah, maka orang takkan percaya...dan bila tak dipercayai oleh orang lain...maka bertambah lagi buat dosa...selepas itu, dicabut pula rasa belas kasihan...dan ketika saat ini, dah tak kira dah perasaan orang lain, macam dalam di TV, jahat sejahat2nya, hanya berfizikalkan manusia...tapi hati, insyaALLAH seperti syaitan...


orait...itu antara intipati ceramah tadi...sajer nak kongsi sikit2...moga dijauhkan dari dicabut perasaan malu...


cuma, jangan malu buat baik pula~ 
suruh jadi imam, malu...tolong jemur baju, malu...suruh solat kat masjid, malu~~

2 comments:

Unknown said...

malu nak buat jahat.

Unknown said...

haha...

malu siuttt~~

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...