sekadar ingin mengingatkan diri sendiri, dan sahabat yang disayangi.
Syawal dah melepasi tanda aras separuh, hari ini, telah masuk malam 18 Syawal. hanya tinggal lebih kurang 10-11hari sahaja untuk Syawal.
agak2, berapa banyak rumah telah diziarahi? open house ketepikan dulu, itu jemputan tuan rumah, yang diziarahi tanda ukhuwwah islamiah? agak2 berapa ye? aduss...kalau mengharapkan "Open House", masalah juga kita ni. dah sedikit tersasar dari Sunnah. tapi masih dalam landasan yang betul
dan paling penting, Puasa Sunat 6, di bulan Syawal ini. dah berapa ye agaknya masuk dalam akaun Puasa Sunat kita?
1? alhamdulillah, paling kurang, telah bermula
2? alhamdulillah, lebih sedikit dari 1
3? alhamdulillah, separuh dari tuntutan sunat ini dah dipenuhi
4? alhamdulillah, dah lebih separuh ni. bagus
5? alhamdulillah, satu hari lagi untuk habis
6? alhamdulillah, tertunai sudah tuntutan sunat puasa enam di bulan syawal ini..
0? alhamdulillah, masih ada 11 hari lagi untuk habiskannya..
jadi, apa yang ditunggu lagi? Open House? Hujung Minggu? tepuk dada, tanya iman masing2. masih ada peluang dan ruang untuk memperbaiki diri. insyaALLAH, semoga diberikan kekuatan untuk menambah amal di bulan syawal yang sedikit "menyesakkan dada, memboroikan perut" ini.
ayuh, jangan tunggu2 lagi!!!
peringatan untuk diri yang masih belum habis puasa enam lagi...ish ish...
No comments:
Post a Comment