Wednesday, July 04, 2018

Ramadhan tahun ini 1439 H: kurangkan kaffein

Assalamu'alaykum,

wah wah wah.. dah Syawal baru nak bercerita ye... takpe. janji ada cerita kan.

kah...

anyway, sementara belum ada idea lain untuk buat blog post, kita post pasal ramadhan dulu...

tahun ni, pertamanya tidak teruk sangat pada awalnya. jika sebelum ini, (ramadhan tahun lepas), terpaksa berperang dengan ketagihan kaffein (ye saya boleh kata ianya ketagihan), selepas insiden detox kaffein tahun lepas, sepanjang tahun berjaya untuk mengurangkan pengambilan minuman berkaffein sebanyak mungkin. seminggu mungkin sekali dua je.

kenapa? sebab tahun ni, taknak ramadhan bermula dengan peperangan pedih mata, sakit tengkuk, lemah badan semata-mata. elakkan diri, dan alhamdulillah, awalnya berjaya hilangkan ketagihan, dan akhirnya, berjaya fokus untuk menambah amal dan keteguhan niat!!

ok, dah mula mengarut.

so, pengajarannya hanya satu je. iaitu buat persediaan. ini salah satu jela, persediaan bab amal ibadah tu, banyak ustaz-ustazah lain dah sentuh, jadi saya serahkan pada yang lebih arif dan bijaksana.

orait, itu sahaja. boleh berjumpa lagi salam post menarik akan datang...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...