Tuesday, December 19, 2017

Mengkaji Kajian: Memuatturun Petikan dari Google Scholar

Assalamu'alaykum dan Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya telah kongsikan berkenaan cara mencari bahan literatur menggunakan Google Scholar. ianya memudahkan kita untuk mendapatkan bahan2 terkini dan yang paling hampir dengan kajian yang kita lakukan. kali ini, saya akan kongsikan pula bagaimana hendak memuatturun rujukan sepenuhnya dari Google Scholar, supaya dapat disimpan dalam perisian petikan-rujukan yang digunakan, samada Mendeley, EndNote, atau lain2 perisian.

Website yang sama perlu kita pergi, iaitu scholar.google.com dan kita buat carian yang kita kehendaki. Kemudian senarai bahan yang berkaitan berdasarkan kata kunci yang kita masukkan akan dipaparkan seperti rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Hasil carian berdasarkan kata kunci "keadah pembelajaran aktif"

Kemudian, kita boleh klik ikon "cite" (rajah 2 di bawah), dan kita boleh pilih jenis fail yang kita ingin muatturun berdasarkan kepada perisian yang kita gunakan (rajah 3).


Rajah 2: Klik pada ikon cite


Rajah 3: Muatturun jenis fail berdasarkan kepada perisian yang kita gunakan

Selain memuatturun fail berdasarkan perisian, sekiranya tiada perisian yang digunakan, anda boleh juga salin senarai mengikut format yang ada (rujuk rajah 3). ada beberapa jenis format yang biasa digunakan, iaitu MLA, APA, Chicago, Harvard dan Vancouver, dan biasanya diletakkan di hujung artikel yang kita tulis.

baik, itu sahaja untuk kali ini,  jumpa lagi

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...