Assalamu'alaykum,
So, dalam siri Drama Runners kali ini, saya akan kongsikan satu perkara yang tak penting sangat, tapi pada runners yang serius, ianya jadi penting, iaitu Jam Untuk Berlari (Running Watches).
Jam Berlari terbaik bagi tahun 2017 (kredit kepada RizKnows)
Jam untuk berlari penting sekiranya kita ingin menambah baik larian kita. Jam berlari menyediakan maklumat secara terus berkenaan larian kita.
Kebiasaannya, ianya akan memberitahu kelajuan kita (dipanggil pace), biasanya kadar minit dan saat larian kita bagi setiap KM. Sekiranya semakin kecil nombor pace, ianya menunjukkan semakin laju seseorang itu. Sebagai contoh: sekiranya pace seseorang itu 10min/km, ianya bermaksud kelajuan yang perlahan. Pelari ini akan menghabiskan larian 10KM dalam masa sejam 40 minit. Sekiranya pace seseorang itu adalah 6min/km, ianya bermaksud ianya kelajuan yang tinggi, dan mampu menghabiskan 10km dalam masa sejam. Kebiasaannya, pelari terkemuka, pemenang larian jarak jauh, pace mereka 2-3min/km, dan mampu menghabiskan 10KM larian dalam masa 25-30min sahaja.
Selain kelajuan, jam untuk berlari juga memberitahu jarak larian kita. Kebiasaannya jam ini akan berbunyi/bergetar bagi setiap KM. jadi kita akan aware berapa KM kita sudah berlari pada ketika itu, dan pada sesetengah orang, ianya menjadi motivasi untuk lari lebih jauh.
Pada Jam berlari yang terkini, hampir kesemuanya mempunyai pengesan kadar denyutan jantung (Heart Rate Sensor) pada belakang Jam. Walaupun Jam paling murah (Polar M200), dah ada Heart Rate Sensor. Ia membantu kita mengawal kadar denyutan jantung, agar tidak melebihi had pada masa yang panjang.
Itu fungsi-fungsi asas yang biasanya ada pada jam berlari. Untuk Jam berlari yang lebih mahal dan lebih baik, lebih banyak fungsi yang ada, termasuklah ianya boleh digunakan untuk berbasikal, berenang, hiking, dan lain2 jenis sukan. Apapun, Jam berlari ini hanya satu alat sahaja. Sekiranya tiada jam, masih ada alat lain yang kita sudah ada dan boleh gunakan, serta alat yang lebih murah. Saya akan kongsikan dalam post yang lain, dalam siri Drama Runners ini.
jumpa lagi
Wassalam~
Wassalam~
No comments:
Post a Comment