Saturday, December 02, 2017

Mengkaji Kajian: Mengenali Mendeley

Assalamu'alaykum,

ok, disebabkan satu lagi blog dah di delete sepenuhnya, maka dalam blog ni akan ada satu siri lagi, iaitu PhD Journey, kali ni dijenamakan semula, kepada mengkaji kajian. Dulu siri ini digunakan untuk menerangkan apa terjadi, proses dan bagaimana untuk fokus dalam menghabiskan PhD. akan tetapi, disebabkan dah terlalu berhabuk dan akhirnya tak post, maka blog yang didedikasikan untuk PhD Journey ini terpaksa ditutup selamanya... haha


orait, kembali ke topik.

Dalam kita melakukan kajian, antara benda penting adalah untuk melihat apa yang telah dikaji oleh orang lain. banyak sumber yang boleh didapati, termasuklah surat khabar, artikel dalam buletin atau majalah, ada juga buku, ada artikel daripada seminar, bengkel, atau konferens. paling banyak dalam kajian, adalah kajian yang ditulis dalam jurnal. Jurnal dikira tahap paling tinggi dalam penulisan, kerana kita perlu membuat kajian awal dahulu, dengan melakukan eksperimen untuk mendapatkan hasil, dan perbincangan yang padat dalam penulisan kita untuk dihantar kepada editor jurnal. kemudian kertas kajian kita akan dibaca oleh beberapa reviewer, untuk memastikan hasil kajian dan penulisan kita itu dalam bentuk yang sesuai, dan boleh difahami oleh orang lain.

orait, apa kena mengena kajian, kertas artikel bagai ni dengan Mendeley?

Mendeley adalah satu perisian yang digunakan dalam mencari, melihat kebergantungan dan membuat petikan kepada kertas yang kita rujuk. tak faham? pernah lihat penulisan begini (Ahmad, 1998)? ini adalah kaedah memetik kajian orang lain dalam penulisan kita. dan maklumat penuh biasanya diletakkan dalam bahagian rujukan (biasanya di akhir artikel/kertas kajian).

Rajah 1: Muka depan perisian Mendeley

Mendeley memudahkan urusan kita mencari sumber-sumber berkenaan tajuk yang kita cari. ianya juga boleh menjadi storan (simpanan) bagi artikel-artikel yang kita telah muatturun. Ini memudahkan untuk kita mencari dan membaca artikel2 ini di masa akan datang.

Selain sebagai storan artikel, Mendeley membenarkan kita membuat petikan dalam penulisan yang kita lakukan, dengan lebih mudah. Kita tidak perlu menulis kembali keseluruhan rujukan kita kembali. cuma klik dan klik sudah memadai.

orait, kita akan sambung lagi dengan kaedah dan cara-cara menggunakan Mendeley dalam episod seterusnya...

regard

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...