Tuesday, July 30, 2013

Menjejak 10 malam terakhir Ramadhan

Assalamualaykum,

Wah wah, tanpa sedar, dan mungkin dengan sedar, ramadhan dah mencecah 10 malam terakhirnya untuk tahun ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan, dan kesihatan untuk mengharunginya...

Anyway, tahun ni, terasa kurang keanggunan amalan diri sendiri. Mungkin atas kapasiti tidak bersenam ? Sebelum bulan ramadhan, kerap jga bersenam, mungkin faktor badan lemau menyukarkan misi mengejar makcik laila bak kata inche gabbana...haha

Namun, masih ada sisa malam yang masih tinggal, banyak lagi sebenarnya, masih banyak peluang. Kalau tidak berpuluh2 rakaat, cukuplah sekadar beberapa rakaat, mungkin cukup dgn dua rakaat sahaja. Sekurang2nya, usaha yang penting. Niat, dan doa agar diberikan kekuatan untuk bangun, bukan sekadar sahur, namun beribadah kepadaNya...

Kalau boleh, ambil sikit masa untuk berdoa, bukan untuk orang lain (ok, isteri suami, anak2 orang lain juga, diterima), tapi untuk diri sendiri. Banyak yang kita mahukan. Berikan hak2 itu..tak lama, alhir ramadhan ini je peluang itu ada...kan kan?

Orait, sekadarnya. Tahun ni xpernah berbuka dalam bas lagi, tapi nampak gaya, macam akan berbuka dalam bas je hari ni. Haha...

Wallahualam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...