satu artikel menarik yang ingin dikongsikan, sebenarnya ianya berbahasa English, tapi akan cuba sedaya upaya untuk alihbahasa sebaik mungkin. hihi...
sumber: http://www.lifehack.org/articles/communication/how-have-regrets-10-years-later.html
Apabila kita menghampiri puncak kehidupan kita, adakah kita akan mencapai puncak dengan semangat liar (haha...wild enthusiasm), atau adakah kita akan penyesalan tak berkesudahan? Kita telah menempuhi hujan ribut, lapangan rumput menghijau dan mendapat bantuan rakan2, dan sekarang ianya hampir berakhir. seluruh kehidupan kita telah menuju kepada saat ini, dan satu perkara yang pasti; saat akhir ini kita akan laluinya bersendirian.
jadi ini yang boleh kita lakukan hari ini!;
1. letakkan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan anda melebihi perkara lain
adakah pepatah lama: "jika anda tidak sihat, jadi anda tiada apa-apa" dan ianya adalah betul. badan kita adalah bekas kepada ruh anda. bersenam, makan secara sihat dan dapatkan rehat secukupnya. jagalah badan kita supaya kita mendapat peluang untuk terus hidup panjang dan lengkap
2. ambil masa untuk lakukan perkara yang anda suka (things you love)
mungkin ianya kelihatan cliche, tapi kurangkan kerja dan lebihkan bermain. anda tidak akan menyesal mengambil cuti, membuat hobi baru atau meluangkan hari untuk mereka yang menggembirakan anda. tapi mungkin anda akan menyesal tidak mengambil kelas kesenian, baca buku atau terserempak perkara besar diluar senarai penting. jadilah peserta dalam hidup
3. berhenti ambil hidup terlalu serius
kenapa anda mengambil serius kehidupan anda sebenarnya? carilah jenaka/lelucon dalam setiap perkara, dan ketawa, ketawa sebanyaknya!
4. sentiasa katakan apa yang anda ingin katakan
sekiranya anda sayangkan seseorang, sebut padanya. sekiranya seseorang sakitkan hati anda, beritahu mereka. sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengatakan perasaan anda, tulisnya ke dalam bentuk surat. pastikan mereka-mereka di sekeliling anda mengetahui perasaan anda setiap hari
5. buka minda untuk pelbagai kemungkinan lain
sekiranya anda melihat ke dalam garaj anda, dan melihat gulungan berwarna gelap yang berbentuk ular, reaksi anda mungkin melompat atau menjerit ketakutan. tetapi apabila anda melihat kembali, dan rupanya benda itu adalah paip air, maka anda akan merasakan anda telah melakukan perkara yang tidak patut. berhenti daripada diperdaya oleh minda anda
ubah perspektif dan buka minda anda kepada dunia baru yang lebih menarik dan penuh dengan kebarangkalian. lihat hidup anda dengan pandangan yang lebih segar dan anda akan menambahbaik perhubungan, lebih teruja dan kurang kebencian, kemarahan dan kepahitan hidup
6. ikut laluan hidup anda sendiri - hidup dalam kehidupan anda yang sebenar
berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain, dan berhenti berusaha ke arah kesempurnaan. kehidupan bukannya penyamaran. buka topeng anda, dan jadi diri anda yang sebenar! jika orang lain tidak sukakannya, mungkin tiba masa anda mencari rakan2 baru. membuat atau menjadi sesuatu yang lain akan menyebabkan anda merasa keseorangan, tertekan dan berputus asa. berhenti hidup berasaskan apa yang orang lain hendak anda lakukan.
7. berhenti hidup dalam masa lalu
sekarang ini anda perlu buangkan segala kekesalan daripada masa lalu. ianya telah berakhir.
tiada gunanya menangisinya lagi, kerana ia akan menghapuskan kegembiraan masa sekarang
masa lalu tidak boleh diubah dan hanya akan menjadi kenangan. ianya adalah kisah lama, dan tidak boleh diubah. kenapa tidak anda beritahu kisah masa lalu yang akan menambah baik masa anda sekarang, dan masa depan
8. terima perkara yang anda tidak boleh ubah (accept the things you cannot change)
apabila anda melawan realiti, anda akan melawan dengan diri anda berkenaan "bagaimana jika" dan juga penafian. samaada anda perlu berkahwin dengan orang yang lain, cakap apa yang perlu dicakap, berdepan dengan sakit. realitinya, anda tidak boleh mengubah perkara2 ini. risau hanya akan mengambil kegembiraan masa sekarang.
apa yang boleh anda lakukan adalah menilai semula hidup anda sekarang dan mengambil langkah2 sepatutnya untuk melakukan perubahan yang perlu. ikut naluri anda, ia akan memberitahu anda bila anda perlu mengambil laluan, dan laluan yang mana, samaada dalam perhubungan atau kerjaya. ikut kompas dalaman anda yang akan membimbing anda ke laluan yang sebenar
jadikanlah "bagaimana jika", "sepatutnya", dan "kenapa saya" keluar dari diri anda.
9. Mengamalkan kehidupan yang perihatin (practise mindful living)
kehidupan yang perihatin akan memperlahankan masa, ia akan menambahbaik masa anda.
sepuluh tahun lagi anda akan terfikir, "kemana hidup saya pergi?", apabila kita hidup secara sedar, kita akan melibatkan diri kita dalam detik-detik kehidupan. inilah saat-saat yang membentuk kehidupan kita. jika anda tidka memgamalkan kesedaran ini, ana akan berisiko untuk kehilangan detik-detik kehidupan pemikiran yang tiada hala tuju. berehatlah antara peristiwa-peristiwa penting, yang mana inilah ruang untuk kehidupan anda
"mindfulness means paying attention in a particular way; on purpose, in the present moment, and non-judgementally" - Jon Kabat-Zinn
10. berhenti mengejar wang, kemasyhuran, dan pemilikan
kita mengidamkan kekayaan, prestij, kemasyhuran dan populariti, kita mengidamkan benda material dan orang2 cantik. kita tersalah fikir yang kebahagiaan itu akan datang apabila kita mencapai matlamat ini. daripada kita menikmati kehidupan kita, kita sentiasa mengejar sesuatu daripada apa kita ada sekarang.
di akhir hayat kita, BMW yang mahal takkan menjadi keutamaan fikiran kita, kita mungkin akan tersenyum memikirkan kesetiaan anjing kita. berhenti mengejar untuk memiliki material, tiada kebahagiaan di sana, hanya pengejaran yang tiada kesudahan
11. sentiasa bersyukur
"Gratitude unlocks the fullness of life. it turns what we have into enough, and more. It turns denial into acceptance, chaos to order, confusion to clarity. It can turn a meal into a feast, a house into a home, a stranger into a friend" - Melody BeattieBersyukur memperbaiki kesihatan, kebahagiaan, rohani, perhubungan, harga diri dan memberikan kehidupan kita lebih bermakna. walaupun hidup kita tidak sempurna - dan ini rahsianya, "ianya takkan jadi sempurna" - anda akan banyak bersyukur. jadi, setiap hari, ingatlah untuk mengambil masa untuk senyum, ketawa dan secara ikhlas berterima kasih untuk semua perkara kecil dan besar dalam hidup anda.
12. Cinta
ini adalah petikan daripada Martha Beck yang memberikan kesan yang sangat besar dalam hidup saya. ianya dirumuskan dengan cantik sekali:
"so the ultimate lesson of regret, the one that will help guide you into a rich and satisfying future, is this; every time life brings you to crossroads, from the tiniest to the most immense, to toward love, not away from fear. Think of every choice in terms of "what would thrill and delight me?" rather than "What will keep my fear - o the events, people, and things i fear - at bay?"
beri perhatian kepada semua sumber cinta dalam hidup anda dan anda akan membangunkan rasa betapa banyaknya perkara indah di sekeliling anda setiap hari.
Jadi mari kita simpulkan: senarai pendek untuk hidup tanpa penyesalan;
- Jaga kesihatan anda
- ambil masa untuk lakukan perkara anda suka, kurangkan kerja, ketawa dan bermain
- katakan apa yang anda ingin katakan
- mengamalkan kesedaran dalam kehidupan
- ubah perspektif anda
- lepaskan masa lalu
- terima perkara yang anda tidak boleh ubah
- berhenti fikir kebahagiaan adalah peristiwa akan datang
- berhenti mengejar wang dan kekayaan material
- hidup secara asli
- tanggalkan topeng anda
- ikut naluri anda
- mengamalkan bersyukur
- jangan buat keputusan berdasarkan daripada ketakutan
- sayang, cinta, sayang!
tiada jaminan anda tidak akan melakukan keputusan yang salah, tapi apabila anda mula menikmati hidup anda dengan perkara-perkara ini dalam minda, hari hari anda akan secara natural akan menjadi lebih bermakna. mata anda akan lebih bijak dan melihat pengembaraan dan cerita; pengembaraan yang mungkin tidak sempurna, tapi sekurang-kurangnya tidak akan dipenuhi penyesalan.
No comments:
Post a Comment