Tuesday, October 23, 2012

Perubahan dalam kehidupan

Assalamu'alaykum,

bismillah wal hamdulillah...

anda selama ini biasanya pergi ke mana2 menaiki kereta, atau motorsikal. namun satu hari, atau satu minggu, atau satu bulan, atau satu tahun, kenderaan kesayangan kita tidak boleh lagi digunakan, perlu diperbaiki dan sebagainya. dan apakah option, atau alternatif kepada kebiasaan ini?


atau kita biasanya tinggal di Bandar besar, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, namun apabila menyambung pengajian, atau dapat pekerjaan, kita terpaksa ke pendalaman, jauh nun di ceruk yang tidak pasti mana hujung, mana pangkal.

itulah dia perubahan dalam hidup, ada kalanya, perubahan itu akan menyukarkan kebiasaan kita, akan ada masa, perubahan itu, akan membawa perkara yang lebih baik dari kebiasaan kita. namun, bersediakah kita untuk berubah? adakah dengan kebiasaan yang biasa itu adalah lebih baik dari ketidakbiasaan kita?

ramai yang sanggup berubah untuk menjadi lebih baik dengan bekerja di luar negara, malah selalu offshore, ada yang sebulan di luar negara, sebulan di tanah air, ada yang bertahun2 di perantauan, sekali sekala pulang ke tanah air...

ada yang berubah, untuk menjadi lebih tidak baik. dari selalu ke masjid, memperbaiki diri, kepada kurangnya ke masjid, malah Al-Quran yang pernah dibaca, menjadi hiasan dinding, serta hanya disapu habuknya apabila berlaku kematian. mujur bukan kematian diri sendiri...

"perkara yang tidak berubah, adalah perubahan itu sendiri"

kerana perubahan itu kebiasaannya adalah berubah. manusia akan berubah, malah muka bumi Allah s.w.t yang luas terbentang ini juga sentiasa berubah...

jadi, adakah anda sedia dengan perubahan? apa yang berubah? itu perlu tepuk dada tanya selera. ada masanya, kita perlu tinggalkan kesenangan yang biasa kita lalui, untuk membantu orang lain di tempat yang lebih memerlukan. ada masa, kita perlu berjauhan dengan keluarga untuk menambah baik, dan menambah nilai diri kita.

apa yang perlu kita harapkan, dan perlu kita doakan, adalah untuk berdoa, agar pembalikan, atau perubahan yang berlaku, tidak akan tersasar dari kelurusan agama ISLAM. biarlah kita menjadi lebih susah, demi terjaganya agama kita, adakalanya kita berubah kepada yang lebih baik, untuk perbaikkan juga agama kita...

doa yang sering didoakan, bukanlah "ya ALLAH, KAU tetapkanlah kami di tempat kami ini..."

tapi,

"ya ALLAH, KAU tetapkanlah HATI ini atas agamaMU"

wallahu'alam..

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...