Wednesday, December 28, 2011

Lagu: Aku Maafkan Kamu (Malique dan Jamal Abdillah)


Assalamu’alaykum,

Bro, lu dah dengar lagu Aku Maafkan kamu? Hoh, best bro..giler songsang, eh? (baca: sila baca dengan nada sangat terkejut, LOL~). Lagu ini mungkin, sekali lagi, mungkin bertujuan untuk menerangkan keadaan seseorang yang tidak melalak (baca: mungkin menjerit) dalam menangani sesuatu isu. Eh? Macam ada kena mengena dengan isu semasa je? LOL~

Anyway, ni bahagian chorus:

Ada teratak di hujung kampong
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi bawahnya ada tempurung
Tersembunyi bawahnya katak melalak

Owh, pernah dengar istilah katak bawah tempurung? Oh, pernah rupanya. Dan maksudnya? Pastilah orang yang tidak mengetahui keadaan di luar. Aku juga pernah merasa perkara ini, sebelum ini Degree ku di JB, dan Masterku juga aku habiskan di JB. Owh. Johor Bahru. Aku masih kaku dan bisu mengenai bandar2 besar lain di luar JB. Sehinggalah aku menyambung PhD ku di Serdang.

Banyak sebenarnya yang aku perlu tahu. Isu2 yang orang gembar gemburkan. Ketaasuban, pelanggaran, dan macam2 lagi. Seolah2 aku ini Cuma katak bawah tempurung, malah, mungkin lebih totok lagi, seperti bait-bait lirik lagu Malique tersebut.

Dahlah jadi katak bawah tempurung, tempurung pulak dalam kotak, kotak bawah cermin kopak (baca: rosak/pecah) lepas tu, dalam teratak kat hujung kampong..wow~ sangat mendalam maksudnya…ish ish…sebab tu pepatah orang lama, Jauh Perjalanan Luas Pemandangan, selain pemandangan, dapat juga keluasan ilmu, dan juga budaya.

Anyway, aku akan berhentikan entryku setakat ini sahaja. Dan hayatilah bait2 lirik lagu yang aku tengah gila sekarang ni sendiri ye. Owh, meh aku letak dari youtube sekali. Wozza~ 



No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...