Thursday, March 31, 2011

pembahagian zakat

Assalamua'alaykum,

minggu lalu, berbual2 dengan mak mertua, dan dia telah bercerita tentang satu ceramah yang dia dengar minggu itu, iaitu berkenaan pembahagian zakat. dia sebut, Ustaz yang berceramah itu, mempertikaikan kaedah pembahagian zakat yang dibuat ketika ini, kerana sepatutnya ia diberikan kepada golongan2 miskin secara terus. akan tetapi, apa yang pusat pungutan zakat laksanakan (baca: tidak semuanya ye) adalah memjana kewangan (baca: pelaburan) daripada wang zakat, sebelum diberikan kepada fakir dan miskin.



lalu, mak mertua bertanya, boleh ke macam tu? penulis pun menjawab: "entahlah, tak berapa ingat sangat pembahagian zakat ni", lalu semalam, tiba2 diberikan peluang (baca: oleh ALLAH), untuk go through ayat Al-Quran berkenaan pembahagian zakat ini..

"Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang seang dalam perjalanan, sebagai kewajipan dari ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" (At-Taubah: 60)

kalau diambil secara terus ayat ini, nyatalah, tidak ada pun untuk menjana kewangan, kecuali, bahagian kepada Amil Zakat (1/8) itu, yang digunakan untuk menjana kewangan, itupun dengan persetujuan amil-amil zakat tersebut. sebagai peringatan untuk diri sendiri yang kurang ilmu ini. mungkin ada ayat Al-Quran yang lain, atau hadith lain yang berkaitan. akan tetapi,  buat masa ini, inilah dia...

dalam website MAIWP, golongan yang dinyatakan adalah seperti berikut (baca: sama je sebenarnya)

Asnaf
Zakat mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. Lapan golongan ini adalah:
  1. Fakir
  2.  - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  1. Miskin
  2.  - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  1. Amil
  2.  - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  1. Muallaf
  2.  - Saudara baru memeluk Islam
  1. Riqab
  2.  - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  1. Al-Gharimin
  2.  - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  1. Fisabilillah
  2.  - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  1. Ibnus sabil 
  2. - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat


wallhu'alam...

website LHDN - www.hasil.gov.my
*p/s: anyway, masa untuk pembayaran cukai pendapat/harta telahpun dekat (baca: bulan april), jadi, sebelum apa2, baiklah bayar zakat pendapatan+harta dahulu ye, nanti boleh buat potongan. berkat, dan insyaALLAH hasilnya berpanjangan. 

No comments: