Assalamu'alaykum,
akhirnya, selepas seminggu tinggal di Johor Bahru, menguruskan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya, semalam (isnin), penulis bertolak pulang (baca: balik) ke Serdang berseorangan (baca: sekali lagi). dan kali ini, perjalanan bermula awal pagi, selepas solat subuh, jam 7 pagi bergerak dari Senai.
dan alhamdulillah, kali ini, tidak mengantuk sepanjang perjalanan, cuma keboringan, yang membawa kepada gaya pecutan maksimum oleh "Helang Emas" (baca: kereta Honda City ku), hingga ke meter yang tidak pernah disangkal lagi, iaitu 160km/j. tapi tidaklah sepanjang masa..cuma kadang2, bila terikut2 rentak kereta (baca: kejar) depan, dan tidak disedari hingga mencecah kelajuan sedemikian.
anyway, disebabkan dari awal ingin merasa kembali (baca: kempunan) telur ayam kampung separuh masak di hentian Ayer Keroh, jadi, berhenti sebentar sekitar 2 jam selepas mula perjalanan. dan alhamdulillah, dapat juga merasa, walaupun "sekadarnya" (baca: tak kenyang), tapi tetap mendapat tenaga yang diperlukan untuk memandu dalam masa sejam kemudiannya...
dan selamat tiba di Spatial and Numerical Modeling Lab lebih kurang jam 10.15pagi. dan sempat membuat sedikit perkara di sana, sebelum pulang kerana keletihan (baca: nak tidur sebenarnya), akan tetapi, perancangan tidur tidak dapat dilaksanakan, kerana perlu menyiapkan beberapa perkara, dan akhirnya, berlaku perbincangan untuk tugasan yang diberikan, dan alhamdulillah, selesai lebih kurang jam 6 petang.
dan pulang ke badar, melaksakan salah satu perkara yang dah seminggu tak buat, iaitu kembali menjadi kartunis yang dijemput...menggambarkan sedikit yang berlaku pada hari semalam, tengahari yang sangat panas. dan agak "tertekan" (baca: kepanasan), dek kepanasan yang melampau...hehe..dan terkejut dengan beberapa perubahan yang berlaku, seperti penambahan meja di ruang tamu, untuk pelajar master yang kesakitan punggung+pinggang belajar di atas lantai setiap masa. alhamdulillah, semoga usaha akan bertambah dengan adanya meja yang menarik itu...
dan ketika solat di surau semalam, salah seorang sahabat membuka mushaf yang ada, dan tertawa kerana adanya tulisan seperti berikut:
hehe...so cute..orait..cukup dulu..nak merepek, tapi kepenatan lagi...adoilla...
wallahu'alam...
akhirnya, selepas seminggu tinggal di Johor Bahru, menguruskan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya, semalam (isnin), penulis bertolak pulang (baca: balik) ke Serdang berseorangan (baca: sekali lagi). dan kali ini, perjalanan bermula awal pagi, selepas solat subuh, jam 7 pagi bergerak dari Senai.
dan alhamdulillah, kali ini, tidak mengantuk sepanjang perjalanan, cuma keboringan, yang membawa kepada gaya pecutan maksimum oleh "Helang Emas" (baca: kereta Honda City ku), hingga ke meter yang tidak pernah disangkal lagi, iaitu 160km/j. tapi tidaklah sepanjang masa..cuma kadang2, bila terikut2 rentak kereta (baca: kejar) depan, dan tidak disedari hingga mencecah kelajuan sedemikian.
kacamata bergambar bersama Telur ayam kampung separuh masak - dengan ropi radix nyum nyum |
Menu penuh sarapan pagi Roti Bakar + Telur Ayam Kampung separuh masak Kopi Radix |
dan selamat tiba di Spatial and Numerical Modeling Lab lebih kurang jam 10.15pagi. dan sempat membuat sedikit perkara di sana, sebelum pulang kerana keletihan (baca: nak tidur sebenarnya), akan tetapi, perancangan tidur tidak dapat dilaksanakan, kerana perlu menyiapkan beberapa perkara, dan akhirnya, berlaku perbincangan untuk tugasan yang diberikan, dan alhamdulillah, selesai lebih kurang jam 6 petang.
hasil karikatur yang dibuat semalam... |
dan ketika solat di surau semalam, salah seorang sahabat membuka mushaf yang ada, dan tertawa kerana adanya tulisan seperti berikut:
"Jangan Curi Tahu! Allah nampak tahu!!" |
hehe...so cute..orait..cukup dulu..nak merepek, tapi kepenatan lagi...adoilla...
wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment