Tuesday, March 29, 2011

sayang, jom joging~ (baca: bersenam)

Assalamu'alaykum,

"sayang, jom joging" kata seorang pemuda kepada isterinya. petang itu kesibukan biasa pasangan tersebut tidak seperti biasa. kali ini, masa mereka lebih lengang. dan pemuda tersebut mengharapkan agar masa ini dapat digunakan untuk menambah tenaga dan ikatan suami isteri, dengan beriadhah bersama-sama.


"ok bang, nanti sayang bersiap ye" jawab si isteri ceria. pemuda tersebut juga bersiap-siap untuk berjoging, sambil menyiapkan sama anak2 mereka. dan beberapa senarai telah terlintas di fikirannya. "botol susu, lampin, stroller", dan beberapa minit kemudian, dengan bantuan pemuda tersebut, si isteri bersedia untuk mengurangkan jumlah lemak dan kolesterol dalam darah, dan pastinya untuk menyihatkan tubuh badan.

seusai berada dalam kereta, mereka bertolak ke destinasi, hutan bandar Majlis Perbandaran Tempatan. kereta diletakkan di tempat yang sepatutnya, dan memastikan keselamatan kereta, dengan mengunci semua yang perlu, keluarga kecil itu menuju ke arah laluan yang disediakan...

anak kecil berlari2 ke sana ke mari, sambil dikejar oleh ayahnya, kelihatan ibunya menuntun tangan anak kecil seorang lagi, yang baru pandai berlari-lari. keluarga kecil itu kelihatan bahagia dengan suasana petang yang redup dan tenang. seolah-olah memayungi keluarga kecil itu.

peluh memercik di dahi pemuda tersebut, masih lagi melayani anak kecilnya berlari-lari. penat berlari, anak kecil pulang semula kepada ayahnya. walaupun rancangan asal untuk berjoging tidak kesampaian, namun aktiviti riadah berjalan kaki petang itu, sedikit sebanyak membantu mengeluarkan peluh basi yang agak lama tersimpan dalam badan.

ibunya masih lagi menuntun tangan anak kecil seorang lagi. namun langkahnya lebih perlahan, kerana anak kecil itu perlu diawasi, agak tidak berlebih-lebihan. kereta sorong pula kekosongan, menanti tuannya kepenatan berlari untuk kembali duduk di dalamnya.

"ayah, nak dukung, akak dah penatlah.." rengek di anak kecil yang penat berlari. si ayah tekun melayan anak kecil itu. "ayah, nak air..ayah, kenapa pakcik tu lari-lari ayah?" mulut comel anak kecil itu petah bertanya si ayah. si ayah menjawab lembut, satu-satu untuk memahamkan anak kecil itu, perihal dunia yang diterokainya hari itu. si ayah terus menerus melayan kerenah anak kecil itu, sambil menyuakan air minuman ke mulut mungil itu.

lama berjalan, berlari, mengejar, akhirnya sang ayah bersuara "jom pulang, ayah dah berpeluh sangat ni, ibu pun sama kan?" sambil ayahnya mendukung anak kecil yang telah kepenatan, sambil menjeling ke arah isterinya yang tersayang. senyuman kecil kelihatan di mulut di ibu, sambil menganggukan kepala "iye, ibu pun dah berpeluh ni. jom kita pulang ye sayang" sahut si ibu sambil memujuk si kecil untuk balik bersama.

keluarga kecil itu terus menuju ke kereta yang ditinggalkan sejak sejam yang lalu. si ayah kelihatan puas dapat bersenam, walaupun tidak sebaik berjoging sendirian, tapi aktiviti riadah berjalan kaki petang itu diyakini ada kebaikannya. kebaikan kepada dirinya, isterinya, anak-anaknya, dan hubungan kekeluargaan antara mereka.

wallahu'alam..

sekecil nukilan di petang hari...

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...