Sunday, March 27, 2011

family day out~

Assalamu'alaykum,

hari sabtu yang lepas, penulis dapat berjalan2 bersama family di KL. selepas lebih 2 bulan tidak pergi ke mana2 kenduri kawen, akhirnya, diberikan kesempatan.
Terowong dari Suria KLCC ke Aquaria



ummi dan anak2 bertolak jam 10 malam dari JB, menumpang rakan baik umi, Nabihah. dan selepas menunggu lebih 3-4 jam, akhirnya mereka tiba jam 2 pagi (baca: mata dah rabak giler). dan sampai sahaja, semuanya terus tidor, kecuali amni yang melepuh sedikit kulitnya..

Amni malu2 kucing
kemudiannya, hari sabtu, pagi2 lagi ke Jalan TAR, mencari tudung yang umi nak sejak beberapa lama...(baca: dah pernah beli itu hari, tapi tak cukup..hua hua). selepas itu, bawa anak2 ke Aquaria, untuk melihat ikan dari dekat (baca: mahal gak nak masuk nih). dalam Aquaria, Amni menangis2 ketakutkan (baca: ke mengantuk?), dan tertidur selepas masuk dalam Main Akuarium...nasib baik pinjam stroller dari incik Jubey..hehe..

anyway, selepas itu terus ke walimah Thaariq.. antara orang terakhir tiba kot ke majlis ni..sebab masa tu, meja dah kosong, tapi niat utama cuma nak jumpa pengantin, tak makan pun takpe..no prob..meraikan pengantin..tapi sayang, tak dapat jumpa rakan2 yang lain, Ahmad Q, Salman, Jubey, semua tak sempat nak jumpa, sebab semua datang awal sikit (baca: banyak sebenarnya...hehe)

Umi depan tempat Piranna
dan malamnya, singgah sekejap ke Putrajaya, konon2 nak lihat Hot Balloon (baca: tapi tak keluar kereta pun), cuma lihat dari dalam kereta sahaja, sebab kereta pun dah penuh sesak. dan kemudian, singgah sekejap ke pantai buatan berdekatan swimming pool Putrajaya.

hari ahad? kami tak buat apa2, cuma berehat, dan kemudian, pergi ke Lowyat kejap, teman ezzati untuk membeli dakwat printer, dan belikan MP5 untuk afifah dan amni (baca: tapi macam tak cukup, kena beli dua ke?). dan seterusnya, pulang ke JB menaiki kereta. cuma kesilapan, sebab naik kereta di ahad terakhir cuti sekolah. kereta berderetan (baca: giler banyak, drive pun setakat 20-30km/j di area Yong Peng). tapi alhamdulillah, selamat tiba di Senai lebih kurang jam 8 malam (baca: nasib baik dah jama' qasar). dan alhamdulillah, anak2 tidak meragam sangat sepanjang perjalanan pulang..
Comey...pokok aquaria

so, itulah lebih kurang aktiviti yang dibuat pada hujung minggu lepas (baca: yang tak best tak dicerita), dan alhamdulillah, dapat menggembirakan sedikit isteri dan anak2...hehe..~

wallahu'alam...

2 comments:

+akufobia+ said...

OK.jelous.tak sampai lagi aquaria.aquarium silinder tu menarik.aa.

zakri said...

haha...mahal woo...simpan duit banyak2 baru boleh masuk..

nasib baik budak2 bawah 4 tahun tak yah bayar...hua hua