Tuesday, March 02, 2010

Panas yang membahang, disangka air


Assalamu'alaykum,

cuaca akhir2 ini, sangat panas, dengan suhu di utara Malaysia, mencecah 37 darjah celcius, dan ia merupakan satu fenomena yang luar biasa bagi rakyat Malaysia, kerana kebiasaannya, cuaca sekitar 30-35 darjah celcius.

begitu juga minggu lepas, ketika berada di Pulau Pinang, cuaca sangat panas, sehinggakan aktiviti petang terpaksa dibatalkan, dan beberapa orang (termasuk diri sendiri), mula dijangkiti migrain, akibat kepanasan yang melampau ini...

39:

terik sungguh, but it just 11 am in the morning


kepanasan yang melampau telah menyebabkan banyak perkara yang mudarat kepada manusia keseluruhannya...

ada yang telah mula tidak tahan, dan mula memasang lebihan tenaga (baca: aircond), dan kesannya? pastilah bumi akan lebih panas...

ini adalah musibah yang melanda bumi Malaysia kita yang tercinta ini...dan ianya hanya sekadar beberapa minggu, dan teringatkah kita, akan kisah Nabi Allah Yusuf a.s? ketika Raja bermimpi tentang 7 ekor lembu kurus yang menelan 7 ekor lembu yang gemuk?

dan ia merupakan petanda akan datangnya kemarau selama 7 tahun...dan bayangkan, apa yang terjadi ketika itu...dibandingkan dengan situasi kita sekarang ini....

semoga ALLAH menguatkan hati, dan tabahkan umat ISLAM di Malaysia ini, buat sementara waktu, sebelum bertukarnya musim angin monsun...

dan kepanasan ini, membawa juga beberapa penyakit...antaranya, penyakit hati...

rasa panas baran, nak marah menguasai hati dan minda...

jadi, tabahkan hati, sabarkan lagi, dan kuatkan hati, agar tidak termasuk orang2 yang lalai....

3 comments:

+akufobia+ said...

yeaa.panas.sauna semulajadi.haha.tuptup kurus.

أم الليث said...

ahaa..panas kan 37 darjah celcius. bayangkan >40 setiap hari! selalu berlaku kat sini.

temper pun panas aje..kene bnyk bersabar. bila komplen panas selalu kene ingatkan diri.. api neraka lagi panas!

ya anggaplah sebagai musibah/bala sbb maksiat dan kufur yg makin bertambah dan makin dibangga2kan

zakri said...

betul tu...sebab tu dlm post ni, nak tekankn utk tabahkn hati, dan banyak bersabar~~

panas2, mkn aiskrim....