Assalamu’alaykum,
Lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Kali ini agak sesak
nafas, kerja ada mencabar. Jadi, banyak benda tertangguh. So, kali ni baru
dapat kembali menghadap blog ni. Harap dapat berkekalan la lepas ni. Hehe…
Orait, hari ni, nak bercerita dan buat bedah buku, atau
novel cerita karya Ahmad Patria Abdullah. Ok, buku ni daripada siri Kronika
Nashan, yang bersangkut-paut sikit dengan Siri Saga Artakusiad, tapi di tempat
yang lain. Cuma zaman sahaja sama. Buku ini adalah buku keempat, selepas buku
Aristokra, Wizra, dan Kesatria.
Kisah kali ini, masih sekitar Aristokra Nashan, iaitu Melyn.
Awalnya dihiasi dengan kisah Aristokra Melyn dgn Mori, lodra perang yang
dikirim oleh Artakus. Kali ini bukan pada kisah cinta yang menuntun hati, tapi
lebih kepada pertempuran dalaman pula. Bukan sahaja kisah antara Melyn dgn Mori
sahaja, tapi kali ini dimasukkan juga konflik dalaman dengan kemunculan
Aristokra Dashan, Denzir pula.
Tapi buku siri ini pastinya akan ada kisah pertempuran, dan
kali ini, pergolakan yang berlaku, bukannya dengan Sursis, tapi ketumbukan
Nomad, yang bergabung untuk melanggar kota Dashan dan kota Nashan. Ketumbukan Nomad
yang mempunyai bilangan sekitar 10,000 askar itu menggugah kota-kota ini. Dan Aristokra
Melyn dijemput ke Kota Dashan untuk membuat satu perikatan untuk menghalang
ketumbukan Nomad ini.
Kisah pergolakan ditambah pula dengan isu dalaman yang
berlaku dalam pertemuan dengan perikatan, yang disebabkan isu peribadi
Aristokra Melyn. Pergolakan yang tidak mudah untuk dihadapi. Jadi, konflik
besar serangan Nomad, dan isu dalaman perikatan ini perlu ditangani dengan
segera.
Berjayakah Melyn menyelesaikannya?
---
Buku kali ini, melihatkan yang tiada campur tangan “Merkia”
dalam pertembungan perikatan kota, yang sebelum ini diselitkan dalam buku-buku
terdahulu. Sesuatu yang secara peribadi saya ternanti-nanti, bilakah Merkia
akan hadir dan membantu kali ini. Tapi sampai ke akhirnya, Merkia tidak
memunculkan diri, selepas cerita pasal Merkia banyak dihuraikan dalam buku
kedua siri ini, iaitu Wizra.
Gaya penulisan ada masa tersangat perlahan, disebabkan
penulis ingin menekankan perkaitan antara watak. Jadi ianya sangat perlu, dan
perlu dibaca dengan teliti, kerana ianya bersangkut paut dengan cerita yang
mendatang.
Secara keseluruhannya, konflik yang ditulis merangkumi
konflik emosi dan juga konflik peperangan, dan pengurusan. Walaupun Nampak konflik
peribadi seperti remeh, tapi dalam buku ini penulis Berjaya meletakkannya di
tempat yang betul, kerana jika konflik peribadi tidak diuruskan, ianya akan
mengganggu dalam menyelesaikan konflik yang lebih besar, iaitu pertembungan
dengan ketumbukan Nomad.
Secara peribadi, saya berpuas hati dengan siri ini. Harap penulis
dapat tamatkan siri ini, atau gabungkan dengan siri Saga Artakusiad di masa
akan datang. Atau mungkin dikaitkan dengan siri buku yang lain. Mana tahu?
ok, jemputlah baca. Ada dijual di kedai-kedai buku, MPH pun ada.
ok, jemputlah baca. Ada dijual di kedai-kedai buku, MPH pun ada.
regards
No comments:
Post a Comment