Friday, December 06, 2019

Self Help? Jadikan Fitness itu Mudah

Assalamu'alaykum,

ramai yang bercakap, untunglah badan kurus, untunglah dan untunglah...

tapi tak ramai yang tahu cerita disebalik "untunglah" tersebut. hehe... takde rahsia yang tetap pun, tapi lebih kepada, macamana kita jaga diri kita sendiri... hehe..

terutama, exercise yang depa kata perit... dan susah, serta takde masa...

so, kali ni nak berkongsi, yang sebenarnya, senaman itu mudah je. dengan ilmu, lebih mudah, dan boleh pelbagaikan...


so, pertamanya, mula buat.... buatlah apa yang korang suka. ada yang suka berjalan, ada suka berlari, ada suka berbasikal, ada suka berenang..... kata kuncinya adalah: "MULA BUAT"


cumanya, bila dah mula NAK buat, kita akan terasa terancam, dan rasa "OK NI", "BOLEH LAJU LAGI NI", "BOLEH UP LAGI NI"... ok STOP!!!!

perkara kedua, adalah BUAT SLOWLY, perlahan2.... ada yang berlari, tu dia, pecut dia terus laju kemain... kalau cycling tu, habis dia grind... so, secondly, mula slow2... takpelah dapat berjalan 5 minit, dapat berlari 5 minit hari pertama. jangan tengok orang lain. keep motivated, esok masih ada....

bila cerita pasal start slowly... akan berkait pula dengan yang ketiga....

BERTERUSAN, istoqomah... slowly, sikit2, tapi berterusan... berterusan tu pun takdelah setiap hari... selang sehari pun ok.... at least bergerak...


last utk kali ni, adalah untuk buat satu RULES OF THUMB utk diri sendiri. contoh: boleh rehat sehari, tapi jangan lebih dari tu. kalau kepenatan sangat, boleh buat kurang sikit dari biasa. contoh biasa berlari 20min, kurangkan sikit jadi 15 minit atau 10 minit pun ok. atau hari Isnin dah buat. Selasa boleh rehat, tapi jangan terus sampai RABU, Rabu kena buat sikit kalau terlalu penat...

orait, hopefully boleh membantu yang nak mulakan senaman.... bab makan lain kalilah... sebab ianya saling berkait... hehe..

orait, jumpa lagi, regards!!!

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...