Friday, December 13, 2019

Review Buku: Anding Ayangan II

Assalamuálaykum


so, lama dah tak tulis review buku, padahal dah beberapa buku dah habis baca. orait, this one yang latest baru habis baca. iaitu buku Anding Ayangan 2, sambungan daripada Anding Ayangan yang pertama. karya tuan master thriller novelis Malaysia, iaitu Ramlee Awang Murshid. review buku pertama boleh dirujuk di sini:



orait, balik semula kepada review buku ini. Ceritanya masih lagi berkisar di bumi Anding Ayangan. selepas peperangan, dan selepas jatuhnya perkampungan Anding, dan hancurnya Tembok Bertampik Anding, berlaku satu fenomena, di mana ada beberapa watak yang dari dunia fana, pergi ke dunia Anding Ayangan, dan beberapa orang dari Anding Ayangan pergi ke dunia fana. 

watak yang bertukar adalah Furqan Al-ayubi (Betatar) bertukar dengan Damit, bersama dengan Nyian, tapi Nyian takde bertukar, dan Mutajassad pun terbawa ke dunia fana. 

Masa di Anding Ayangan telah berlalu selama 24 tahun sejak pertukaran berlaku. manakala di dunia fana masih pada jangka masa yang sama.... ok, now kita masuk part pening2...

ada 3-4 cerita yang berlaku...

satu di dunia Anding Ayangan. Nyian, Damit bertemu dengan Chahaya dan Raja Suir, dan melalui pengembaraan mereka sendiri

kedua kisah Furqan Al-Ayubi dan permusuhan yang berterusan dengan Raja Tabakauta' (Datuk Johar), di dunia fana...

ketiga, kisah Pak Hashim yang diselitkan, untuk menjelaskan asal-usul Nyian, dan pertukaran dua dunia ini, kisah berlaku di dunia fana

dan lastly, kisah awal, perkisahan bermulanya kisah Anding, pembinaan tembok, dan permukiman Anding, termasuklah kisah Salleh yang diselamatkan oleh Pangeran berdua (rujuk Anding Ayangan pertama), dan bagaimana kisah Mutajassad bermula untuk berkuasa di bumi Ayangan-Anding kemudiannya....

kisah ini masih tergantung, dan pastinya, dalam Anding Ayangan III akan lebih banyak konflik berlaku, kerana banyak kisah2 lama tersingkap dalam Anding Ayangan II ni. 

dan pastinya, banyak lagi pendedahan dan konflik antara Furqan-Pak Hashim-Datuk Johar di dunia fana, serta konflik antara Damit-Rolou-Chahaya-dengan Rajah Daulah....

wow,... ok untuk tahu lebih lanjut, boleh dapatkan buku karya terbaru Ramlee Awang Murshid ini...

banyak juga dah terkeluar spoiler ni.. haha...

ok, jumpa lain kali...

regards!!!


No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...