Assalamu'alaykum,
So, bersambung dalam siri travelog, kali ini, masih lagi berjalan-jalan di Pulau Pinang. Selepas berjalan2 sekitar Georgetown, keesokan harinya, kami meneruskan perjalanan ke satu destinasi wajib kalau ke Penang, iaitu Bukit Benderaaaaa!!!!!
Ok, kami tiba agak lewat, dalam jam 9pagi. selepas melepasi trafik orang bekerja, kami tiba. ketika kami tiba, dah ramai yang beratur sebenarnya. wow, tak sangka. Kali terakhir saya pergi (bukan cuti sekolah), takde orang pun. haha...
|
Pintu masuk asal Keretapi Bukit Bendera |
|
arca yang dibuat dari tayar keretapi |
|
haa.. ni harga tiket. tapi bermula 2019, tambah rm1 ye |
|
anak panah menunjukkan pintu asal. ramai tak orang? ramai betull.... |
Ok, first and foremost, kenalah beli tiket dulu.... time ni pun panjang betul. ok sebelum terlupa, bangunan dia dah berubah sikit. sebelum ni, direct je terus ke pintu naik ke stesen rel dia. tapi sekarang, dah macam2 dah jadi... perubahan dia sangat mendadak, beza 10 tahun.
|
Tiket dia bentuk kad. lepas guna akan diambil semula |
ok, selepas mendapat tiket, anda perlu menunggu "giliran masuk" pula. batch anda akan dipanggil, sekiranya anda rasa nak naik dah, simpan dulu angan2 anda. anda masih perlu beratur lagi ye. dan beraturnya panjang betul ye... haha... anggaran masa dari beli tiket sampai dapat naik tren sekitar 45minit.
Ok, anda kemudiannya akan menaiki tren, jika dahulu masa yang diambil sekitar 15minit, sekarang ni sekitar 5 minit sahaja. dan tren dia laju betul. serius tak tipu.
|
Peta bukit bendera |
|
pandangan dari stesen keretapi di atas |
Setelah tiba di bahagian atas Bukit Bendera, anda akan nampak permandangan Pulau Pinang dari atas. sangat menarik. ada juga disediakan teropong untuk melihat permandangan bandar Pulau Pinang. anda cuma perlu membayar rm1 sahaja untuk beberapa minit. Kemudian, ada juga pelbagai tempat menarik untuk dilawati. ada juga restoran menuju bawah.