Assalamu'alaykum,
iya, benar, saya memang suka berlari. hehe.. jadi entry hari ini, nak bercerita tentang berlari juga...
Semasa sekolah, berlari antara aktiviti yang mudah, tapi kurang menarik, sebab tiada ilmu, dan latihan yang dilakukan. maka agak susah nak terus maintain dalam berlari. namun, ketika sekolah menengah, minat ini diteruskan dengan masuk acara lari (balapan) dan juga merentas desa (marathon/long run).
Tapi, sekali lagi, mungkin sebab tiada ilmu, dan kurang sokongan, maka minat berlari ini tidak dikembangkan. masuk ke Universiti, awalnya juga pernah berlari. pusing keliling Uni, cuma 2-2.5 km sahaja jarak maksimum. kemudian, ketika bertukar kolej, setiap petang berlari naik ke balai cerap. ya. hampir setiap hari berlari naik. kelajuan ketika itu dalam 12-15 minit lari untuk 1.5km jarak naik bukit.
kemudian, minat ini sekali lagi berkubur, sebab tiada matlamat jangka masa panjang. namun, ketika sambung pengajian di serdang. minat berlari diteruskan, tapi kali ini rasanya seperti sedikit seronok. walaupun masih kurang ilmu berlari.
tahun ketiga pengajian di serdang, seorang rakan mengajak masuk acara larian, standard chartered kuala lumpur marathon, ketika itu cuma daftar 10km sahaja (masih lagi belum cuba 21km). Percubaan berjaya, 10km berjaya diharungi pertama kali dalam hidup. dan selepas itu, minat berlari bertambah2. dan beberapa acara larian pun didaftar, dan berlari lagi. kali ini, setiap kali acara, akan cuba memecah rekod terdahulu.
dan tahun ini, minat ini dikembangkan lagi (tahun lepas sebenarnya, 2015), dengan pelbagai kaedah latihan dilakukan. jika sebelum ini, cuma lari je, cuba pecahkan rekod. tapi beberapa bulan kebelakang ini, pelbagai latihan dilakukan.
larian jarak jauh (10km), kemudian interval, negative split, long short distance, weight training menjadi mainan mingguan. hujung minggu merupakan syurga larian, dimana larian panjang (long distance) dibuat hampir setiap hujung minggu. 10km menjadi mainan hujung minggu.
walaupun belum lagi berjaya membuat 21km (half marathon), apatah lagi 42km (full marathon), dan lain2 acara seperti viper challenge (larian berhalangan), namun hasrat itu tetap ada. insyaALLAH, tahun ini (2016), akan cuba pertama kalinya lari 21km, dan insyaALLAH selepas 2-3 tahun lagi, akan cuba 42km. walaupun umur makin meningkat, harapannya tahap stamina tidak menurun, tetapi lebih meningkat lagi
okeh. maaflah andai entry ni boring, dan tidak menambah amal. aigooo...
wassalam
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment