Assalamu'alaykum,
facebook adalah satu perkara yang mampu membuat kita ketagihan, dan hilang upaya dalam banyak perkara, terutama dalam kaedah berfikir, membuat analisis, mengkaji kebenaran dan pelbagai lagi aspek. adakah saya membenci facebook? owh, dari segi teknologi, dan kemudahan diberikan, saya tidaklah mengatakan tidak, malah saya bersyukur kerana dapat mengenali beberapa orang rakan baru, disamping kembali "berjumpa secara maya" dengan rakan2 lama, terutama rakan sekolah rendah dan menengah. (baca: saya sekolah di 3 sekolah berbeza)
namun, seiring kemajuan teknologi, ianya tidak mampu membangunkan minda dan "jiwa" pengguna facebook itu sendiri. terlalu banyak negatif yang terdapat dalam facebook. secara kendiri (baca: personal), ia membazirkan banyak masa untuk melihat "kehidupan maya" orang lain. sampai kebanyakkannya melupakan apa yang ada di depan mata (baca: family, rakan2 dll).
secara personal juga, facebook (baca: pengguna facebook) secara umumnya, telah menjadikan penggunanya tidak berfikir dengan mendalam sebelum membuat sebarang perkara, lebih2 lagi keputusan penting. ada yang bertanyakan "rakan2 facebook" untuk membuat keputusan penting dalam kehidupan. malah, ada yang meletakkan jumpa "like" sebagai indicator untuk membuat keputusan. sekiranya ramai yang suka status ini, saya kan terjun gaung. (baca: kelihatan kelakar bukan?).
selain itu, ramai pengguna facebook yang kini tidak lagi mahu mencari kebenaran daripada fakta2 yang diberikan. sekiranya diletakkan satu kenyataan, dan diletakkan nama "syeikh", atau "artis", atau mungkin "penceramah", maka ianya akan menjadi kebenaran yang luas dan nyata, dan tiada cacat cela lagi.
maka, atas faktor2 yang terlalu banyak ini, dan kekurangan diri untuk menapis malapetaka ini, maka saya membuat keputusan untuk deactivated facebook saya. dan kini rasanya hampir 3 bulan saya hidup tanpa facebook. walaupun masih ada instagram dan twitter, namun ianya tidaklah seketagih facebook. dan alam mayanya lebih tertutup (baca: sebab saya tak approve ramai, hahahahaha). kalau mampu untuk delete atau unfollow orang, saya akan buat. cuma belum berkesempatan lagi. hihi~
baiklah, cukup sekadar ini dulu. correction thesis hampir siap. cuma tinggal abstract, dan tinggal report saya perlu disiapkan. insyaALLAH minggu depan atau minggu satu lagi akan ambil cuti lama (baca: seminggu) untuk meraikan family kembali (baca: walaupun hari2 raikan mereka)
hehe...baik...
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment