Assalamu'alaykum,
pagi tadi, ketika berseorangan di dalam makmal, melayari laman sesawang sosial mukabuku, terbaca paparan seorang jurugambar/jurufoto terkenal dan hebat di Malaysia, Saiful Nang.
Dalam paparan tersebut, Saiful Nang menulis berkenaan ucapan selamat pada hari lahirnya. hari ini adalah hari lahir ke 35 jurugambar tersebut, dan beliau menulis, bahawa pada hari ini, kebiasaannya, ada sepasang suami isteri akan membuat panggilan kepadanya, dengan nada yang "lari", menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadanya, dan ianya sudah cukup untuk menceriakan harinya.
dan sepasang suami isteri tersebut adalah ibubapanya. dan kini keduanya sudah tidak lagi boleh menyanyikan lagu tersebut, kerana kedua-duanya sudah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.
dan ianya menjadi satu tamparan kepada diri ini, kerana itu juga yang biasanya arwah mak selalu lakukan pada hari lahir anak2nya. tak tahu bila ianya bermula, tapi yang pasti, aku yang selalu berada di sisinya untuk menyanyikan lagu tersebut untuk adik2, dan isteriku. pernah sekali, pada hari lahirku, malam itu aku agak moody, dan berada sedikit jauh dari rumah, dan arwah mak membuat panggilan, dan menyanyikan lagu selamat hari lahir pada waktu aku lahir (sekitar maghrib). dan ianya membuatkan hariku lebih ceria.
namun tahun ini, lagu selamat hari lahir dengan suara "serak-serak" dan "lari" nada itu pastinya tidak akan kudengari lagi. begitu juga adik-beradikku, dan isteriku. namun, yang pasti, aku akan lakukannya untuk isteri, adik beradik dan anak2ku pula. mungkin suara ku tidak sedap didengari, tapi cukuplah ianya menjadi kenangan buat mereka semua nanti.
semoga arwah mak dan arwah ayah dalam redhaNya selalu. dan berbahagia di alam barzakh, semoga syurga yang menjadi idaman setiap insan itu, menunggu kalian di akhirat kelak. semoga Allah pertemukan kembali semuanya nanti di sana.
wallahu'alam
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment