Saturday, June 11, 2011

Final Piala FA- Malaysia

Assalamu'alaykum,

so, tadi baru je menonton perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Bukit Jalil, dan selepas ketinggalan 1-0 pada minit ke 80, Terengganu kembali menyamakan kedudukan pada minit ke90, dan memenangi perlawanan dengan gol di waktu tambahan.

dan sejujurnya, dah lama tak menyaksikan perlawanan bola sepak. kali terakhir? entahlah...dan kali ini, sangat2 teruja nak menonton juga....semangat tidak mahu mengalah, menjadi duri dalam daging kepada Kelantan. gol minit akhir, telah merentap semangat pemain Kelantan, ia kelihatan, walaupun tidak jelas, akan tetapi, di waktu tambahan, nyata skuad Terengganu menyerang dengan agresif, dan Kelantan kurang menyengat, hanya lebih kurang 3 serangan di waktu tambahan tersebut.

alhamdulillah...berdebar2 hati..adeii...takmo dah tengok perlawanan bola...adeii..sakit jantung...

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...