Thursday, March 31, 2011

pembahagian zakat

Assalamua'alaykum,

minggu lalu, berbual2 dengan mak mertua, dan dia telah bercerita tentang satu ceramah yang dia dengar minggu itu, iaitu berkenaan pembahagian zakat. dia sebut, Ustaz yang berceramah itu, mempertikaikan kaedah pembahagian zakat yang dibuat ketika ini, kerana sepatutnya ia diberikan kepada golongan2 miskin secara terus. akan tetapi, apa yang pusat pungutan zakat laksanakan (baca: tidak semuanya ye) adalah memjana kewangan (baca: pelaburan) daripada wang zakat, sebelum diberikan kepada fakir dan miskin.

Wednesday, March 30, 2011

Spammers

Assalamu'alaykum,

spam di facebook~
akhir2 ini, banyak kes spam dalam facebook. ianya bermula dengan email lagi, ketika email dipapar untuk tujuan akademik dan networking, tiba2, email diterima (baca: tidak dijemput) entah dari siapa, dan dari mana. dan bertujuan untuk mengumpulkan banyak perkara.

Tuesday, March 29, 2011

sayang, jom joging~ (baca: bersenam)

Assalamu'alaykum,

"sayang, jom joging" kata seorang pemuda kepada isterinya. petang itu kesibukan biasa pasangan tersebut tidak seperti biasa. kali ini, masa mereka lebih lengang. dan pemuda tersebut mengharapkan agar masa ini dapat digunakan untuk menambah tenaga dan ikatan suami isteri, dengan beriadhah bersama-sama.

kembali (pulang) ke Serdang

Assalamu'alaykum,

akhirnya, selepas seminggu tinggal di Johor Bahru, menguruskan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya, semalam (isnin), penulis bertolak pulang (baca: balik) ke Serdang berseorangan (baca: sekali lagi). dan kali ini, perjalanan bermula awal pagi, selepas solat subuh, jam 7 pagi bergerak dari Senai.

Sunday, March 27, 2011

family day out~

Assalamu'alaykum,

hari sabtu yang lepas, penulis dapat berjalan2 bersama family di KL. selepas lebih 2 bulan tidak pergi ke mana2 kenduri kawen, akhirnya, diberikan kesempatan.
Terowong dari Suria KLCC ke Aquaria

Friday, March 18, 2011

video menarik: seluruh mahabbah

Assalamu'alaykum,

sebenarnya, nasyid a.k.a R&B nasyid ini telah lama keluar, dan pernah dengar, namun, entah kenapa, malam ni hati terbuka untuk dengar berulang2 kali..mungkin kerana akhir2 ni, dengar lagu R&B je kot...lagu dari Boys2men, dan VE jadi peneman dalam bas ulang-alik jb-kl. jadi, bile dengar nasyid ni, terasa lebih menusuk kalbu kot..wallahu'alam..ni semua kuasa ALLAH. DIA nak beri petunjuk, melalui pelbagai cara, samada kita nak ambil peluang itu atau tidak...kan?

aktiviti di Badar

Assalamu'alaykum,

hari selasa lalu, selepas pulang dari JB ke rumah sewa, terpandang beberapa objek yang sangat menarik perhatian..bagi sesetengah orang, ia merupakan magnet untuk melekatkan kertas di papan putih...akan tetapi, dengan idea yang ALLAh bekalkan, dengan tangan yang gatal, maka beberapa lukisan telah berjaya dilukis...actually, baru 4 je..hehe...so, here it is;

Wednesday, March 16, 2011

meraikan family

Assalamu'alaykum,
anip dan anap yang sampai lambat

Hari minggu yang lepas, berjaya mengumpulkan family untuk makan bersama. lama rasanya tidak makan bersama family yang "lebih besar sedikit", lebih2 lagi dengan mak, dan adik2 lelaki ni. dieorang yang sangat sibuk, seorang sebagai Doktor, dan seorang lagi, masih lagi sebagai penganggur berjaya, dan insyaALLAH bulan 4 ini akan mula bekerja semula..alhamdulillah, setelah 2 bulan risau mengenai masa depannya....

menjaga kesihatan yang diabaikan

Assalamu'alaykum,

bilik Dr yang comey
kesihatan satu istilah yang sedikit menakutkan bagi sesetengah orang, lagi2 kalau tahap kesihatan mereka adalah kurang daripada yang sepatutnya...jadi, mereka agak takut untuk menghadapi "permasalahan" (baca: penyakit) mereka sendiri...

walaupun kita menjaga kesihatan diri kita, dari luar dan dalam, akan tetapi, jangan lupa untuk menjaga kesihatan seisi keluarga juga...kenapa? kerana mereka juga perlukan penjagaan, walaupun semuanya sudah besar panjang (baca: dewasa, akil baligh), kerana sebagai manusia, ada saat dan ketika, kita akan disibukkan dengan pelbagai perkara, samada berkaitan kerja (baca: overtime, dekat dateline), belajar, atau mungkin dengan masalah2 lain.

Wednesday, March 09, 2011

pulang dari melihat adik yang accident

Assalamu'alaykum,

baru selamat tiba di rumah, selepas sepetang di Nilai, melihat keadaan adik yang accident minggu lepas, alhamdulillah, takde kecederaan yang teruk, cuma trauma+muntah2 tiga hari, takde patah. cuma terkehel siku sikit je. dah ok dah..kereta je agak teruk..kereta Iswara WCU5081, kereta pusaka, first yang dibeli cash pada thaun 1992...antara kereta yang awal, tahan lasak, 1.5..auto..

ni gambar selepas accident, sebelum ditarik ke bengkel. agak teruk, langgar divider, sebelah kanan. upper arm, lower arm perlu ditukar..

tayar kalau dilihat secara dekat, kelihatan "terkebelakang sedikit", lari dari kedudukan asal. memang selepas accident, kereta perlu ditarik oleh tow truck, dan tayar hampir pecah. perlu ditukar baru. wallahu'alam...sesungguhnya atas setiap kejadian, pasti ada hikmahnya....

anyway, alhamdulillah, kereta telah selamat masuk bengkel, dan dikeluarkan, cuma tadi dihantar untuk membetulkan alignment, rupanya steering rad bocor, dan perlu ditukar, agak mahal juga untuk iswara. tak tahu nak kata apa dah tadi, terkedu sekejap, cuba tawar menawar, tapi mungkin sebab tak pandai cakap bahasa cina, jadi tak dapat lebih murah...

apapun, semoga adik tetap tabah, dan insyaALLAH banyak hikmahnya..dapat lihat, siapa yang akan bantu ketika kesusahan...family? atau rakan2? atau????

wallahu'alam...mengharapkan yang berfikrah membantu, tapi tak pasti, ada ke tidak...


pulang dan pergi

Assalamu'alaykum,

sejak menyambung pengajian di peringkat PhD ini, hampir setiap minggu pulang ke JB, untuk bertemu keluarga, isteri dan anak2. bukan tidak pernah berjauhan, seminggu selalu ditinggalkan, namun, kali ini, walaupun berjauhan, tapi hati tetap dekat...lagi2 dengan kemudahakn video call...hampir setiap hari bervideo call dengan ummi, afifah dan amni...walaupun kadang2 macam bercakap sorang2, but its ok. at least, dapat tengok live video mereka dah ok...

Tuesday, March 01, 2011

musibah, dan kesyukuran

Assalamu'alaykum,

hari ini dan minggu ini, serta minggu lepas, adalah minggu yang sedikit menyesakkan kepala..dengan ujian dari ALLAH, melalui orang lain...kita yang tumpang sedih dan gembira, tumpang serabutkan kepala..lantas, dalam keserabutan kepala pagi tadi, salah seorang kawan post video ni dalam Facebook. dan masyaALLAH, sangat2 terkena pada batang hidung sendiri....

harap kita dapat pengajaran darinya...sekiranya ditimpa musibah, katakanlah, cukuplah ALLAH bagiku, dan aku berserah urusan ini kepadaNYA....

*zakri: yang sering terlupa untuk bersyukur...selepas terlepas dari musibah yang menimpa...

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...