Assalamualaikum,
macamana nak mula ye?...mmmm....oklah, macam ni...
satu masa dahulu, salah seorang abang aku begitu rajin membeli sejenis novel yang sedikit berlainan daripada novel2 yang biasa terdapat di kedai. novel itu tidak bertajuk seperti "Seindah Cinta di Taman Hati" atau "Hati yang duka lara" yang sentiasa dibawa kehulu hilir oleh orang lain saat itu.
tajuknya, "Kembar Artakus", "Kota Arialun", "Pedang Aurora" seperti tidak menjadi satu kebiasaan. seperti satu perkara yang asing pada saat itu, ketika novel yang menjadi tatapan adalah novel2 bertemakan cinta...yang seperti tulus dan mulus di dalam hati..
dan dari satu novel itulah, hati mula terpaut. dan saat menghabiskan satu novel, terasa hendak membaca yang lain pula. dan saat itu, rupanya, ianya adalah siri SAGA ARTAKUSIAD. akan tetapi, cuma 3 buah buku sahaja yang dapat dibaca. tajuk seperti yang terdapat di atas. ini menimbulkan satu pencarian kepada novel2 tersebut.
akan tetapi, kesukaran untuk mendapatkannya, menyebabkan lelah yang berpanjangan. dan akhirnya, seperti sedikit kecewa, melepaskan cita2 mengumpul semuanya.
akan tetapi, selepas diTAG oleh amirah dayana semalam, dan selepas menaip SAGA ARTAKUSIAD, terdetik untuk mencari dengan bertanya kepada encik GOOGLE, dan hasilnya? alhamdulillah, sangat menggembirakan. malah, ada pertambahan daripada yang sedia ada.
asalnya, penulis novel ini, Ahmad Patria juga merasa kecewa, dan tidak melengkapkan pengakhiran kisah ini. dan kisah ini tergantung di novel siri yang ke 6. dan dengan sokongan daripada peminat2 yang menubuhkan kelab ARTAKUSIAD, akhirnya, mereka membina laman web, yang mana, akhirnya menarik kembali minat Ahmad Patria untuk menyambung kisah ini, dan hasilnya, telah muncul novel yang ke 7, dan siri ke 8 dalam perjalanan.
satu kisah yang sangat2 indah. dan penuh fantasi, yang menunjukkan, bahawa di Malaysia, juga ada penulis yang mampu menyaingi cerita2 seperti LOTR, Narnia dan sebagainya. dan kisah ini, telah bermula sejak 1980an lagi..setua mana Ahmad Patria? wallahualam...
===================
No comments:
Post a Comment