selepas pemergian ayahanda lebih tiga bulan lepas, kerinduan padanya, sentiasa menekan di dalam kalbu. bukan bermakna sebelum itu, tidak pernah merinduinya, tapi kerinduan itu, boleh diselesaikan. kerana, jika lama tidak ketemu, pasti akan mengambil sedikit masa bertemu dengannya.
namun, saat ketiadaannya ini, terasa kerinduan itu semakin menjadi2. lalu, saat ke masjid yang selalu diikut selama ini, terasa kehadirannya. terbayang2 batuknya di sudut kiri masjid. kalau naik kereta sutera di sebelah kiri, terasa dia yang memandu, dan terasa masih nak berbual dengannya...
lalu, hati seperti kerinduan yang teramat sangat. tapi, bila teringat,
"satu hari nanti, aku pasti akan ke sana jua"
kerinduan, dan kegeraman dalam hati, dapat dilepaskan....dan kadang2 terasa tidak sabar untuk bersamanya, padahal pastinya tidak dapat bertemu, kerana kubur pastinya tidak berhubung, tapi siapa tahu...
terfikir, insyaALLAH, di akhirat nanti, insyaALLAH akan dapat bertemu, terasa lega dalam hati....insyaALLAH, pasti akan bertemu nanti. cepat atau lambat sahaja...
No comments:
Post a Comment