pada yang mungkin tak tahu lagi, and nak tengok montaj wedding Zaid and Manihah, so, this montage been done by Jubey, our best friend...so, no talk needed, let the video tell the story
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Tuesday, December 30, 2008
2008's Conclusion?
Assalamualaikum,
tahun 2008, terlalu banyak perkara yang terjadi, dan insyaALLAH, dalam post kali ni, saya akan menyenaraikan beberapa perkara penting yang terjadi sepanjang 2008...bukan pada dunia, tapi dunia diri sendiri....
Januari 2008
- bertungkus lumus siapkan master projek, dalam masa sama, siapkan projek Batu Pahat and Kulai. pening kepala. officemate sorang berenti keje.
- program Outdoor r2j2 yang sangat2 hampeh. as a pengarah program, we didn't manage to handle the program as pakcik2 expectation...yeah, they want a program such as mukhayyam like sekolah2 style, tapi kita dah adapt with uni style, its totaly different..anyway, dah settle pun...
- arwah cik lan, suami kepada adik mak meninggal dunia. ayah naik bus dari KL, kami dari JB naik bas ramai2...sedih sangat. sebab that evening, kami hantar anak bongsu arwah balik ke kuantan, rupa2nya, kami semua pun ikut balik...arwah dikebumikan kat terengganu...
Februari 2008
- first time pegi test SPA, untuk jawatan PTD - pegawai tadbir dan diplomatik - salah satu cara untuk jadi duta ke negara2 luar..haha...tapi tak pass pun, susah giler..pastu banyak sangat soalannya...
Mac 2008
- Hantar tesis. kene bagi 5 salinan lagi...huhu
- 26 hb presentation yang teruk kene tanya, teruk kene hentam dan sebagainya...
April 2008
- tak banyak perkara berlaku...actually, takde yang penting..huhu
Mei 2008
- 4 hb ada program KBM untuk staff IMAN, so, sebagai suami, kene join sekali...and last program, pengendali program, doakan untuk kesejahteraan ummi dan anak yang dikandung...
- Farahiyatul Afifah dilahirkan pada 10 Mei 2008. Alhamdulillah...tapi Tok Ayah takde, die ke Palembang hari yang sama
Jun 2008
- 2 hb daftar diri sebagai tutor di UTM, jabatan geoinformatik...at last, doa dan harapan yang diangan-angankan menjadi kenyataan....alhamdulillah...
- ulang tahun pertama perkahwinan...huhu...
Julai 2008
- interview sekali lagi untuk UTM, tapi tak penting pun. anyway, patutnya ke Seminar NGIS 2008, tapi nampaknya tak payah...alhamdulillah...tak payah tinggalkan ummi....tak habis pantang pun lagi...
Ogos 2008
- 16 Ogos, tarikh Konvokesyen untuk Msc IT-Management yang telah bertungkus lumus selama 2 tahun.
- 18 Ogos bergambar KOnvo sekeluarga, gambar terakhir arwah ayah yang sedikit berlainan perangainya dari kebiasaan.
- 29-30 hb pergi ikut lawatan pelajar ke Pulau Pinang. balik 3 hari sebelum ayah meninggal
September 2008
- awal Ramadhan, 2 Ramadhan, Ayahanda tercinta meninggal dunia...terasa gelap dunia bila terdengar khabar tersebut...semua adik beradik balik, kumpul. tapi tak lama. seminggu je. tinggallah berlima....
- setiap hari, teman ibunda terchenta melawat kubur ayahanda..
Oktober 2008
- Eid Fitri tahun ni paling sedih. perancangan nak balik terengganu terbatal terus. beraya di rumah sahaja.
November 2008
-anak Maliki dilahirkan.
Disember 2008
- 10 Disember, Mus'ab bin 'Umayr dilahirkan...hehe
- 13 hb pergi kenduri Zaid and Manihah kat KL, majlis belah perempuan di Dewan Taman Sri Keramat, depan rumah sewa lama di KL dulu...kenangan lama tuh..
- 27 hb kenduri zaid di Johor. Afifah jatuh katil pagi tuh. nangis2 kuat. ummi belajar memandu, abi je yang kelam kabut...huhu
- 28 hb Zaki Afifi wedding pulak.
---------------------
banyak perkara yang terjadi, tapi tak banyak yang dapat dicoretkan.ada yang hilang dari ingatan...huhu....
anyway, semoga tahun 2009 akan membawa sinar harapan yang lebih banyak dalam kehidupan, dan semoga jauh lebih baik dari tahun2 sebelum ini....aminnn....
Friday, December 26, 2008
Raven's Gate
Assalamualaikum,
last time, ada terbaca pasal satu siri novel, yang first one dah jadi movie pun. buku twilight. so, bila cari2, tak jumpa. and buku tu kene di order dari MPH. so, lastly, tak jadi beli. tension gak, sebab try nak carik...
anyway, dah bosan, cari buku lain lak...and then, i found this book
buku the power of five, yang ada lima siri kot. didn't know. tapi yang nampak, ada 4 buku je...buku ke lima belum lagi keluar kot. so, disebabkan macam best bile baca sinopsis belakang buku, so, i bought 2 book. so, layan je lah...
link to this..
baru habis separuh buku. tak dapat baca lagi trick cerita dia...quite ok...
lalala....
Thursday, December 25, 2008
Hud : Ayat 88
"88. He said: "O my people! Tell me, if I have a clear evidence from my Lord, and He has given me a good sustenance from Himself (shall I corrupt it by mixing it with the unlawfully earned money). I wish not, in contradiction to you, to do that which I forbid you. I only desire reform so far as I am able, to the best of my power. And my guidance cannot come except from Allâh, in Him I trust and unto Him I repent."
Monday, December 22, 2008
SIRI SAGA ARTAKUSIAD
Assalamualaikum,
macamana nak mula ye?...mmmm....oklah, macam ni...
satu masa dahulu, salah seorang abang aku begitu rajin membeli sejenis novel yang sedikit berlainan daripada novel2 yang biasa terdapat di kedai. novel itu tidak bertajuk seperti "Seindah Cinta di Taman Hati" atau "Hati yang duka lara" yang sentiasa dibawa kehulu hilir oleh orang lain saat itu.
tajuknya, "Kembar Artakus", "Kota Arialun", "Pedang Aurora" seperti tidak menjadi satu kebiasaan. seperti satu perkara yang asing pada saat itu, ketika novel yang menjadi tatapan adalah novel2 bertemakan cinta...yang seperti tulus dan mulus di dalam hati..
dan dari satu novel itulah, hati mula terpaut. dan saat menghabiskan satu novel, terasa hendak membaca yang lain pula. dan saat itu, rupanya, ianya adalah siri SAGA ARTAKUSIAD. akan tetapi, cuma 3 buah buku sahaja yang dapat dibaca. tajuk seperti yang terdapat di atas. ini menimbulkan satu pencarian kepada novel2 tersebut.
akan tetapi, kesukaran untuk mendapatkannya, menyebabkan lelah yang berpanjangan. dan akhirnya, seperti sedikit kecewa, melepaskan cita2 mengumpul semuanya.
akan tetapi, selepas diTAG oleh amirah dayana semalam, dan selepas menaip SAGA ARTAKUSIAD, terdetik untuk mencari dengan bertanya kepada encik GOOGLE, dan hasilnya? alhamdulillah, sangat menggembirakan. malah, ada pertambahan daripada yang sedia ada.
asalnya, penulis novel ini, Ahmad Patria juga merasa kecewa, dan tidak melengkapkan pengakhiran kisah ini. dan kisah ini tergantung di novel siri yang ke 6. dan dengan sokongan daripada peminat2 yang menubuhkan kelab ARTAKUSIAD, akhirnya, mereka membina laman web, yang mana, akhirnya menarik kembali minat Ahmad Patria untuk menyambung kisah ini, dan hasilnya, telah muncul novel yang ke 7, dan siri ke 8 dalam perjalanan.
satu kisah yang sangat2 indah. dan penuh fantasi, yang menunjukkan, bahawa di Malaysia, juga ada penulis yang mampu menyaingi cerita2 seperti LOTR, Narnia dan sebagainya. dan kisah ini, telah bermula sejak 1980an lagi..setua mana Ahmad Patria? wallahualam...
===================
Sunday, December 21, 2008
tag yang entah ke berapa?
Assalamualaikum,
1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu
- pakai cermin mata
4. Who I want to tag
- mmm....my wife of course..
sekali kene tag pulak...so, layan jelah ye....ni di tag oleh Amirah Dayana...so, layan je lah..
1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu
- pakai cermin mata
- antara orang yang tinggi gak..tapi lagi rendah dari me..hehe
- belajar about multimedia
- pernah tunjuk gambar diambil guna DSLR camera yang menyebabkan aku pun nak beli gak DSLR
- orang yang design interface index UTM website
- pernah praktikal kat Space UTM (betul ke? tak ingat sangat)
- suka baca buku cerita...kira ok kan nih?
- yang lain2 tak tahu lah...kira ok arr tu
2. Tuliskan novel kegemaran kamu
- ada dua kot..first Harry Potter, second novel Siri Artakusiad. novel siri ni dah lama, tak jumpa dah...mana nak carik pun tak tahu...best woo citer, macam Lord Of The Ring versi melayu...nama hero dia ARTAKUS...di sini
3. Listkan 5 bende yang kamu sayang (bukan org)
- My NEW Laptop
2. Tuliskan novel kegemaran kamu
- ada dua kot..first Harry Potter, second novel Siri Artakusiad. novel siri ni dah lama, tak jumpa dah...mana nak carik pun tak tahu...best woo citer, macam Lord Of The Ring versi melayu...nama hero dia ARTAKUS...di sini
3. Listkan 5 bende yang kamu sayang (bukan org)
- My NEW Laptop
- my Sony Ericson Handphone
- my father's car...nostalgic tuuu..
- my wedding ring (my precious!!...tiru gaya suara Gollum dalam LOTR)
- my comics...hahahahaha
4. Who I want to tag
- mmm....my wife of course..
- yeop...
- semua yang baca tag ni lah...hahahaha..suka hati aku!!!!!
Saturday, December 20, 2008
adakah pasti aku hidup lebih lama?
Assalamualaikum,
selepas pemergian ayahanda lebih tiga bulan lepas, kerinduan padanya, sentiasa menekan di dalam kalbu. bukan bermakna sebelum itu, tidak pernah merinduinya, tapi kerinduan itu, boleh diselesaikan. kerana, jika lama tidak ketemu, pasti akan mengambil sedikit masa bertemu dengannya.
namun, saat ketiadaannya ini, terasa kerinduan itu semakin menjadi2. lalu, saat ke masjid yang selalu diikut selama ini, terasa kehadirannya. terbayang2 batuknya di sudut kiri masjid. kalau naik kereta sutera di sebelah kiri, terasa dia yang memandu, dan terasa masih nak berbual dengannya...
lalu, hati seperti kerinduan yang teramat sangat. tapi, bila teringat,
"satu hari nanti, aku pasti akan ke sana jua"
kerinduan, dan kegeraman dalam hati, dapat dilepaskan....dan kadang2 terasa tidak sabar untuk bersamanya, padahal pastinya tidak dapat bertemu, kerana kubur pastinya tidak berhubung, tapi siapa tahu...
terfikir, insyaALLAH, di akhirat nanti, insyaALLAH akan dapat bertemu, terasa lega dalam hati....insyaALLAH, pasti akan bertemu nanti. cepat atau lambat sahaja...
Tuesday, December 16, 2008
Sedikit Majlis Nikah Zaid Omar
Assalamualaikum,
ni gambar sikit masa majlis pernikahan Zaid Omar...
gambar diambil oleh Salman Hishamuddin, so, terimalah seadanya....
Monday, December 15, 2008
PERJALANAN YANG TERASING
Assalamualaikum,
setelah dua hari mengharungi perjalanan menemani Zaid Omar yang melangkah ke alam yang baru, terasa kelelahan dan kepenatan yang agak tinggi tahapnya...
akan tetapi, dalam masa dua hari perjalanan, terdapat bermacam perkara yang dapat diambil iktibar. seolah2, ALLAH masih lagi menyayangi diri ini, dengan "memberikan" tazkirah cara mudah...
pertamanya, ketika sampai ke puduraya, hujan renyai2, dengan laptop yang dikhuatiri dibasahi air hujan, dengan keadaan pudu yang sedikit banjir, menyukarkan sedikit perjalanan ke PUTRA LRT. terasa seperti tergugat sedikit, lalu bertanya pada hati, "kenapa aku ke sini?"
dalam kesibukan manusia ke hulu hilir dalam KLCC, satu lagi ujian diberikan. sepatutnya, aku perlu bertanya kepada mana2 manusia yang nak ke PC Fair, namun, aku tidak lakukan. malah, aku cuma keluar dari Suria KLCC, dan melihat keindahan tasik dan suasana di luar Suria. kenapa aku tidak bertanya sahaja kepada orang lain, lalu ke PC Fair? aku sendiri tidak mengetahui jawapannya. mungkin ALLAH tidak mahu aku bersama2 kesibukan manusia yang lain. lalu aku menghabiskan masa di situ.
kemudian, dalam perjalanan pulang ke JB, dalam PUTRA LRT daripada Jelatek ke Masjid Jamek, satu lagi insiden yang tidak disangka2. daripada insan yang juga tak disangka akan buat begitu.
pertamanya, ada dua orang couple, sudah berkahwin mungkin (aku ingin bersangka baik), yang lelaki sibuk bermain PSP, dan perempuannya, syok melayan lelaki tersebut bermain PSP. ketika sampai di satu stesen, ada dua orang ibu, bersama anaknya yang kecil, masuk ke LRT, si anak kecil berkata kepada ibu "ibu, nak duduk", mungkin kepenatan barangkali, setelah penat berjalan. dan tidak semena-mena, couple tadi bangun, lalu memberikan tempat duduk kepada dua orang ibu tersebut.
"Alhamdulillah, masih ada perasaan sayang kepada sesama manusia lagi mereka ini" bisik hatiku sambil tersenyum. satu budi yang rasanya, kalau ditanya pada diri aku sendiri, mampu ke aku lakukan seperti itu. atau aku leka dengan permandangan Kuala Lumpur yang mengasyikkan.
kemudian, insiden kedua, ketika dua orang ibu tadi, turun pada stesen2 berikutnya, ada seorang lelaki, tanpa ragu2, duduk, dan duduk di tengah2 kerusi yang tiga, dalam keadaan yang tergesa2, gaya seperti foreigner, lalu aku beristighfar...manusia seperti ini, memang sentiasa ada..
======================
apapun, apa yang dapat aku pelajari, masih ada benda yang manusia ini perihatin. dan peringatan kepada diri aku sendiri. adakah aku lakukan "akhlak2" seperti itu? atau aku pun sama, berebut2 nak kerusi, agar punggung aku selesa melekat tanpa perlu melenguhkan kaki?
masih banyak "AKHLAK2 MULIA" yang perlu aku praktikkan...sebagai manusia, sebagai seorang muslim, sebagai daie (mungkin), sebagai ayah, anak, dan sebagainya...
adakah aku mampu? insyaALLAH aku mampu, cuma perlu berdikit2...
amin....
Friday, December 12, 2008
Afifah wth telinga2 nyer,,,,huhu..and Mus'ab bin 'Umayr
Assalamualaikum,
just nak kongsi sikit2 gambo apipah ni...nak tengok satu2? ke multiply saya
susah jadi anak kepada zakri ni....asik kene buli jeeee
anyway, semalam melawat dua orang sahabat yang baru je dapat anak. pertamanya,
Mus'ab bin 'Umayr Sayfurrahman bin Ainullotfi
keduanya,
Ahmad Mikael bin Ahmad Maliki
(tak pasti ejaan betul ke tak...hehe)
anak Yeop, 3.93kg dan 54 cm masa keluar..
anak maliki, 2.1kg and rasanya 30++cm je masa keluar...huhu
two different of a kind...anyway, anak maliki sangat2 kecil...tapi lupa nak ambil gambar die, asik main dengan kepala die je...huhu..apa daa....ni gamba masa lawat anak yeop kat spital
Wednesday, December 10, 2008
YEOP DAH JADI BAPA!
Assalamualaikum,
ni mesej dari Umayr:
"AllahuAkbar!
lahirlah seorang Mus'ab bin 'Umayr ke dunia. semoga menjadi anak yang laksana Mus'ab bin "Umayr sahabat RasuluLLAH yang berjuang! Jazakumullah khaira atas doa dan perhatian antum. beratnya 3.9kg, lelaki la kan kalau dah nama Mus'ab"
--> ni mesej umayr jam 19:52 jam handphone ana nih...tarikh? mestilah 10 Disember, 7 bulan lepas Afifah lahir. huhu
Tuesday, December 09, 2008
my first javascript and ajax books...??
assalamualaikum,
because of php cannot afford to build extra thing on web site, so, yeop has introduced me with AJAX, and i'm trying hard to manage and buy a book just for my "rujukan", after using ebook yang "menyakitkan" mata, so, i decide, at least, i must have a book for this AJAX thing...
so, last two days, ada duit lebih sikit, konon2 nak pegi City Square, JB, tapi wanie nak pegi jusco, so, while she looking for all the thing needed for her "macaronni", i decide to stop by MPH, at least nak jugak tengok2 if there something new. so, i found 2 book for AJAX. so, last2 i buy this book
tapi mine, yang seventh edition. so lagi advance...hohoho...hopefully it will help me develop my project after this.
hoho...anyway, welcome my dear...so, nak ajar web based GIS after this pun, no problem insyaALLAH...hohoho
DSLR Camera
Assalamualaikum,
ish ish ish...selalu tengok gambar yang cantik2, rasa tak puas hati bila tengok gambar yang kita "rasa" cantik...
ish ish ish...betapa cantiknya keindahan alam ciptaan ALLAH, tapi tak dapat ditunjukkan dengan gambar yang telah diambil....ruginya rasa...
kemudian, berkenalan dengan DSLR, owhhhh.....
so, mula berangan2 sejak 2 tahun lepas untuk memiliki satu...tapi semuanya harga Rm2000++...ya ALLAH...mahallah pulak...
tapi alhamdulillah, kebelakangan ini, model2 kamera DSLR mula menunjukkan penurunan, dengan yang terbaru, 1000D yang berada di bawah paras RM2000. cuma, yang masih kekurangan, adalah dana yang masih belum mencukupi.
tak mengapa, insyaALLAH, takde aral, semua pasti akan dapat...macam laptop ni...lepas setahun mengidam untuk mendapatkannya, akhirnya, lepas setahun, ALLAH mudahkan untuk mencapai cita2 ni...
lepas ni? kene tunaikan janji pada zaujah tersayang dulu...hehe...janji yang dah lama nak buat, tapi belum berkesempatan...insyaALLAH, dua tiga minggu ni, sempat kot...hehe
Monday, December 08, 2008
Eid Adha
Assalamualaikum,
Eid Adha.
alhamdulillah, tahun ni dapat bersama dengan rakan2 KRT (kelab rukun tetangga) jalan meranti taman sri pulai, bersama melaksanakan ibadah qurban..
alhamdulillah, 4 ekor lembu dan seekor biri2 telah ditumbangkan hari ini. cuma tak sempat ambil gambar, sebab tahun ni, bertugas bukan sebagai jurugambar, cuma sebagai penarik tali penumbang lembu...
alhamdulillah...tak sabar menunggu tahun depan, nak lebih mencabar sikit. nak jadi orang yang baling tali ke leher lembu, dengan letak tali kat kaki lembu tu...kambing takde masalah, pegang kepala, tarik kaki, 3 orang je...lembu tu, ada lah 10 orang...
next year!!
gambar, mmm...kene try carik nih...
============
first time qurban tiada kelibat arwah ayahanda yang sentiasa ceria dan sibuk menyibuk di semua sudut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...