Thursday, July 12, 2007

ustaz rifqi: C.I.N.T.A

assalamualaikum

hehe, malas nak update tentang niat tuh, actually, terdetik nak upload tentang niat, sebab nasyid dari muadz, dari album die al-asr, a moment..something like that...

anyway, semalam, isteri tersayang ajak pegi ke majlis ilmu, IMAN CORNER, yang dianjurkan oleh otai2 KRI, so, layan jelah..patutnya ada mesyuarat untuk program lain, so, tunggu orang, sekali call umayr, tak jadi lak mesyuarat, ganti hari jumaat, so, apa lagi, layan je lah majlis ilmu tuh...

---------------

malam yang bening, ustaz memulakan ceramah dengan lafaz bismillah, dan dengan menggunakan teknologi power point, die terus memaparkan tajuk ceramahnya malam itu, C.I.N.T.A, satu tajuk yang sangat sinonim dengan kita...tapi, apa maksud sebenarnya?

dihuraikan dari surah at-Taubah:24, ---> sekiranya bapa2 kamu, anak2 kamu, isteri kamu, perniagaan yang kamu takut kerugian and so on...lebih kamu cintai dari kecintaan kepada ALLAH dan RasulNYA, dan berjihad di jalan ALLAH, maka tunggulah......

lalu dihuraikan oleh ustaz rifqi lagi, dalam hadith yang dibentangkannya, sape yang patut kita cintai? pertama sekali, ALLAH, kedua, cinta orang yang mencintai ALLAH, dan ketiga, cinta kepada amalan2 yang mendekatkan kita kepadaNYA...

dan seterusnya, ustaz menerangkan, dalam hadith yang lain, perkara yang akan mengampunkan dosa hamba2 ALLAH yang banyak dosa ni, iaitu;

  • berjalan ke masjid
  • duduk bertafakur dalam masjid selepas solat berjemaah
  • mengambil wudhu' dengan sempurna
  • bercakap dengan lemah lembut dengan orang2 lain
  • sentiasa menjaga solat malam

oleh itu, apa lagi kawan2? jangan tunggu2 lagi, lakukan apa yang patut, kita mengejar redha ALLAH, moga dosa2 kecil dapat dihapuskan terus (aminn....), dan amalan harian bertambah juga (aminnn lagi sekali)

so, pada semua, moga ada sedikit manfaat untuk diri sendiri dan orang lain. teringat, kebiasaannya, orang2 tabligh akan memberikan tasykilnya, dan dieorang akan cakap, tazkirah ni, sebenarnya untuk diri sendiri, sebab telinga sendiri lebih dekat dan lebih dengar apa yang dicakapkan, dalam ni, penulis sendiri yang baca terlebih dahulu dari orang lain...moga bermanfaat..aminn...

------
*kredit to isteri tersayang sebab ajak pegi ceramah semalam

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...