its been a long time for me, not updating this blog, but this time, insyaALLAH i'll try my best...mayB its because the internet link still slow, because the optic cable in taiwan still not been fix up...but it ok..in weekend, i can update, but on the weekdays, it take time...anywy, this is it..
actually, i dont have any idea what to write, what to update, but then, after browsing a few my little community blog, i've finally, has something to say...actually, after i post in my other blog...orait...
------------
dalam perjalanan hidup kita, banyak yang cuba kita capai, yang cuba kita perbaiki dan sebagainya...banyak sangat lagi benda yang tak tercapai oleh kita, walau banyak mana pun kita usaha....tapi, bila kita dah usaha sekeras mungkin, kemudian, still tak dapat lagi apa yang kita nak, mungkin pada satu tahap, kita akan terasa "berputus asa", walaupun tak diucapkan,tapi mula ditunjukkan. rasa feadup, menyampah, dan sebagainya, merupakan natijah daripada perasaan putus asa.
ada yang berputus asa dalam bab pekerjaan, bosan dengan kerja sedia ada, nak kerja tetap, nak kerja yang lebih rileks lagi berbanding yang dibuat sekarang, sehinggakan malam2 tidur pun terganggu, dan masa bersama keluarga juga menjadi kurang.
ada yang berputus ada dengan teman2, kawan2, selama ini kawan2 yang ditatang bagai minyak yang penuh, diberikan layanan yang khas, tapi kini, semuanya tiada lagi...semua sepertinya tidak mengenal diri kita...dan mencari bila ada "keperluan" sahaja...tiada lagi sembang2 dan rehat2 sebentar di kedai atau cafe, tiada lagi "berlari" bersama di petang hari atau pagi hari...bertemu, bila "berkeperluan" dan "berkepentingan" sahaja...
ada yang berputus asa dengan tarbiyah, merasakan sempitnya dunia tarbiyah itu sendiri, dengan fokus yang terlalu dalam. dan tiada idea baru dan cara baru lagi yang boleh dilakukan, hanya mengikut apa yang generasi dulu telah lakukan. sedangkan, mungkin dengan pembaharuan itu akan memberikan lebih lagi kebaikan kepada gerakan dakwah dan tarbiyah itu sendiri.
namun, walau banyak mana putus asa pun kepada semua ini, yang lebih menjurus kepada keduniaan ini, janganlah sekali2 berputus asa dengan ALLAH...jangan sekali2 merasakan bahawa ALLAH tidak lagi menyayangi kita...jangan merasakan, seolah2 kita dipinggirkan oleh ALLAH, walaupun semua orang telah meminggirkan kita...
yakinlah, bahawa ALLAH memang sengaja nak menguji kita, memberikan kita sedikit harapan selepas kegelapan yang menyelubungi hati kita. dengan ujian2 ini, menjadikan kita lebih yakin, dan bersemangat dengan kehidupan kita. walaupun seperti tiada harapan lagi, tapi yakinlah, insyaALLAH, harapan dan bantuan dari ALLAH pasti akan datang....walaupun sekelumit cuma, dan mungkin dalam bentuk yang kita tak jangka2, dan mungkin, dalam ruang yang kita tak inginkan, tapi itulah dia rahmat dan nikmatNYA kepada hambaNYA...
menyatakan lebih mudah, bercakap memang mudah, tapi untuk perlaksanaannya, hanya ALLAH yang tahu, dan kita sendiri yang tahu...walaupun seperti dihukum oleh manusia kerana sedikit kelalaian kita, yakinlah, ALLAH tetap disisi kita...ujian yang melanda, sepatutnya menjadikan kita lebih seronok, kerana kita dapat merasakan, bahawa ALLAH mengawasi kita, dan memang memerhatikan kita selama ini...hinggakan diberikan sedikit ujian, mungkin kerana kita yang melupakan ALLAH...

jangan takut, dan jangan bersedih hati...kerana ALLAH bersama kita...
ALLAH kan MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG?....
-zakri-
-indahnya iman dan islam...-
No comments:
Post a Comment