terbaca satu email dari sahabat, yang sangat menyentuh hati, so, ni ceritanya:
--------------
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok bat tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
>>>Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.....

---------------------
memang benar, dalam hidup ini, banyak kali kita melakukan kesilapan, dan banyak kali juga hati2 orang yang lain, "berlubang" dengan sikap kita...ramai yang menyatakan "maafkan jela sheikh..", namun mereka lupa, yang lubang2 itu tetap ada...
kesilapan yang berulang2 kali, akan menyebabkan kebosanan dan tawar hati yang sangat mendalam, dan ini yang sering kita lupa...mungkin orang itu takkan kisah dengan perbuatan kita, orang lain akan kata "memang itu perangainya", tapi kita terlupa, yang hati itu juga punya perasaan, dan seringkali, kerana percakapan kita itulah, hati2 akan bertambah lubangnya...
kalau dilihat, salah satu peribadi Ar-Rasul, yang sentiasa memaafkan, hati budi yang sangat lembut. dan tidak meninggalkan lubang dalam hati2 manusia...indahnya hidup ini andai semua orang begitu. namun, tidak semua orang begitu, ada yang perlu kita tambat hatinya...
walaupun orang itu sebelum ini sentiasa berlapang dada, tapi tidak semestinya dia sentiasa begitu. ada saat dan masa, yang dirinya akan terasa sangat2 dengan percakapan dan perbuatan kita, dan ia yang akan menjadi penyebab kepada "kelainan" pada peribadi tersebut.
dan, jangan disalahkan orang lain, andai kata percakapan kita itulah yang menjadi penyebab kita ditarik di akhirat kelak, ke dalam "dunia yang panas membara", kerana ia akan tetap dikira walau ia hanya diucapkan sesaat cuma..

-------------------
oleh itu, andai kata ada salah dan silap dari diri ini, dimohon kemaafan dan setulus ikhlas diharapkan kemaafan dari semua...
-zakri-
No comments:
Post a Comment