this is "makcik" pc, that is malaysian product to help the outsider-it to start learning computer and all about it. and with prices only rm500++, its should be one of the most effective pc for makcik2 and pakcik2 to start learning about it, and to make sure, it can be usefull to them...
anyhow, as the MIMOS launch it, i've try searching in the internet because i think i want to buy it for my mom, because with this tablet pc, at least she can see the picture i'm taking everytime our family has gathering and so on...but sadly, none of the information come straight from mimos, only some of the blogger seem want to try it..but very dissappointing...
okeh, the technology didn't come with technology when it come to business....lalala...i think i can do it as a business....lalalala
so, this is an album of umayr wedding...anyway, more pic on my fotopages...
right...
anyway, before this, we've (mostly malaysian's) being thought that when children solat between adult in one soff, the soff will "putus", because children is not "suci" enough to solat with adult...but in the newest majalah i, the author write about this thing, about how the children will not play, and more khusyu' in their solat if they solat with their parent or siblings...
so, no more budak kecik kat belakang only, because, its better if the child solat in one soff as his/her parent...
ni gambar 4 orang kawan lama, yang entah tak ingat bila berkumpul sekali....kali ni tak sangka dapat kumpul empat orang...actually, 5 orang, taufiq tengah amik makanan lak time ni...leceh je...
anyway, ukhuwwah tetap terjalin walau lama tak jumpa...
Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. " Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku." Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup. Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
SUATU HARI....KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...PIKIRKANLAH SEKALI LAGI
dapat ni daripada mel sorang kawan, and layan je lah...
-----------------------------
Who is clever? Teacher or student
One Night 4 College Students Were Playing Till Late Night And Didnt Study For The Test Which Was Scheduled For The Next Day.
In the morning they thought of a plan. They made themselves look as dirty and wierd with grease and dirt. They then went up to the Dean and said that they had gone out to a wedding last night and on their return the tyre of their car burst and they had to push the car all the way back and that they were in no condition to appear for the test.
So the Dean said they can have the re-test after 3 days. They thanked him and said they will be ready by that time. On the third day they appeared before the Dean. The Dean said that as this was a Special Condition Test, All four were required to sit in seperate classrooms for the test. They all agreed as they had prepared well in the last 3 days.
The Test consisted of 2 questions with the total of 100 Marks.
Q.1. Your Name.........................( 2 MARKS ) Q.2. Which tyre burst ?...............( 98 MARKS )
a) Front Left b) Front Right c) Back Left d) Back Right
Tulisan ini adalah menjawab ‘tagging attack’ daripada Dhany. Nyesal lak pegi laman blog die...kuah hahahahah
lapan perkara yang apa ntah...lebih kurang yang minat atau suka buat...rasa macam, dah buat dah...chesss....eh bukan, ni tentang diri saya...apa2 lah
[1] nasyid, satu perkara yang sangat sinonim dalam hidup, kenal lagu? lepas kenal nasyid rasanya, sebab dulu2 nasyid dari pustaka azhar, lagu2 nasyid yang dinyanyikan guna kaset warna hitam. kenal snagat nasyid dari sekolah rendah dulu....sekarang? kurang sikit, sebab mesej nasyid pun tak tahu ke mana...macam banyak khilaf...dulu2 senang je...
[2] suka sangat menyanyi, yeke? errr...bernasyid sebenarnya...dulu kecik2 masa skolah menengah masuk gak kumpulan nasyid, dalam 3 tahun, pastu masa form5, kuar arr...spm dooo....
[3] sangat suka membaca...tak kira arr...majalah ke, paling suka komik...hahahaha....majalah i baca sekarang ni, and surat khabar tu, kalau dah mula baca, akan go on, tak kira apa jadik...and paling best, baca sirah Ar-Rasul, seronok sangat...sekarang pun still mengulang baca sirah nabi...it feel different every time you read it...kan? lagi suka kalau dapat naik bas, baca majalah ke, buku ke..insyaALLAH boleh habis satu buku satu hari...sebab apa? sebab dalam bas, takde gangguan..bacalah...
[4] suka jalan2...lihat alam...pegi sungai, pegi laut...alamak, janji dengan zaujah nak pegi laut, tak pegi lagi...sabar ye... ;p and suka sangat kalau dapat berenang, semalam baru pegi berenang kat Starhill ....seronok je...
[5] suka belajar...seronok...keje ni membosankan, sebab tak bnayak yang dapat...sikit2 je...kalau belajar sambil keje pun seronok gak...hahahaha....
[6] suka ambil gambar...gambar suka ambil yang pelik2...tapi disebabkan kamera dah tertonggeng hari tu, bateri die dah terkeluar...so, agak kurang suka amik gambar...tapi, lepas ni, kalau ada rezeki nak beli kamera yang ada function banyak...tengok2 survey harga, adalah dalam rm2500++, adeii....takpe, beli hp yang ada kamera, boleh amik gambar pelik2 kalau jumpa tengah jalan....
[7] suka teknologi, explore benda baru....kalau boleh, semua teknologi baru nak beljaar, nak try buat, tapi biasalah, tak semua dapat kejar, kecuali takde keje, boleh arr kejar teknologi nih...hampeh je...nak try 3G, nak try 3.5G, nak try navigation system GPRS dalam hp nokia and so on yang baru2 ni...nak try internet broadband wireless tuh...alamak....masa tka banyak...
[8] trekking - suka sangat jadi fasi tapi tak suka jadi orang yang jaga check point, suka jadi runner, senang, boleh pegi mana2, check mana yang boleh, betulkan jalan, check bebudak sampai kat mana...and so on...best ooo jadi runner....penat oooo....
dah lepas, nak tag orang lain lak....
1. umayr - si pengantin baru 2. ammar - budak skema 3. ummu layth - mak kepada singa 4. alifah - si pemalas 5. ihsan - orang suka amik gambar pelik2 6. fuad - budak tertipu ahad minggu lepas
lagu yang first kat atas tu, mengenai seseorang yang sentiasa makan, dan dengan nikmat yang mudah didapati, die sukar mengucapkan syukur....benar kan?
bukan sekadar makanan, malah lebih lagi, dengan adanya kereta, kita lebih tidak bersyukur, sebab dah lupa sukarnya nak dapatkan bas masa nak ke mana2....kan begitu?
bila dah ada rumah, dah bayar bulan2, terlupa, dan lupa nak bersyukur sebab dah selesa, dah mudah nak beli rumah, dah ada rumah dengan "nama kita" sendiri sebagai tuan rumah....
dengan mudahnya bernafas, kita terlupa, itu antara nikmat yang sangat besar, sebab mudah nak dapat kan? senang je....tarik nafas, hembus....tapi, bila dh kene asma, dah susah nak nafas, kita diletakkan dalam satu kolong kecil, baru kita teras nikmatnya bernafas, nikmatnya dapat tempat yang luas...kan?
anyway, bersyukurlah, caranya? banyak sangat....mengucapkan alhamdulillah juga satu ucapan yang sangat besar ertinya....kan? alhamdulillah...
kambing, pelik tak bila tajuk ni diketengahkan? kenapa lah pulak si zakri ni sibuk2 nak tulis macam kambing, mungkin sebab janggut die macam kambing kot....tidak, bukan itu sebabnya...
kambing, tidak sinonim dengan kita, sebab ia dinyatakan sebagai salah satu binatang yang jarang dimakan, errr...mungkin tak berapa jarang, sebab ada yang selalu makan, tapi sesetengah orang, kambing, lebih tepat lagi, daging kambing tidak mampu dimakan, kerana panas, dan alahan terhadapnya, seperti sesetengah orang yang tidak mampu untuk makan....
apa sebab isu ini diketengahkan? sebab Ar-Rasul tersayang, pernah mengembala kambing...haha...sebabnya? dengan mengembala kambing hati dapat dididik untuk bersabar...dalam sirah sendiri ada kisah ini....
anyway, cukup dulu, nak kene g amik zaujah lak....
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5 . Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya. 3 . Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN . 2. Ibu dari segala ADABadalah SEDIKIT BERBICARA. 3. Ibu dari segala IBADATadalah TAKUT BUAT DOSA. 4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
dalam kemeriahan orang meng"upload" dalam youtube, ada juga yang nasheed yang sangat menyentuh hati, ini antaranya....nasheed bertajuk "How can you deny?"
bila mendengar nasheed ni, dan terlihat tajuknya, teringat surah Ar-Rahman
r'Î7sùÏäIw#uä$yJä3În/uÈb$t/Éjs3è?ÇËÊÈ
21. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?
ayat yang diulang2 dalam surah ar-rahman ini...nikmat yang mana yang kamu hendak dustakan?
moga2, kita tidak termasuk dalam golongan yang mendustakan nikmat ALLAH, samada dalam sedar, ataupun dalam kita tidak sedar.....
akhirnya, ramadhan yang dikejar, yang sentiasa menjadi igauan, menjadi kejaran, dan tumpuan sepanjang tahun, melabuhkan tirainya, selepas 30 hari menjalankan tugasnya...
entah kenapa, bermula maghrib 30 ramdhan, terasa sedih sangat hati...terfikir, inilah maghrib terakhir ramadhan ini....ketika solat tarawih jua begitu, terfikir, inilah tarawih terakhir aku tahun ini, dan ketika solat sunat sebelum subuh, terbayang, inilah solat sunat terakhir dalam bulan yang penuh barakah ini..yang penuh maghfirah...yang tidak ada bulan lain yang sebanding dengannya....
sedih sangat, sebab tahun ini, tak banyak yang dapat dibuat seperti tahun2 lepas...tahun ini, beberapa kekangan, memaksa diri tidak dapat mengejar ibadah ramadhan seperti tahun2 lepas...sedih sangat2...
kekangan hati yang mungkin sedikit degil, yang malas untuk menunaikan kewajipan yang sepatutnya...kekangan projek yang entah bila nak siap..walaupun seperti banyak yang dah buat, tapi bila diselidiki, masih banyak kene buat, kene pantau...programming tidak seperti buat tugasan biasa, ianya perlu idea, perlu cara dan kaedah yang betul...lalu, sibuklah di malam hari mengadap komputer berjam-jam...sampai zaujah pun marah...maaf ye...
tahun ini juga, terlepas sekali solat tarawih, kerana mengejar benda lain...sedihnya....hati terasa jauh sangat berbanding dulu2...tapi tak mengapa, mungkin ada hikmahnya..mungkin dengan keadaan yang sebegini, akan menguatkan hati pada tahun hadapan, menguatkan azam pada tahun hadapan, (insyaALLAH...)
apapun, pada yang berjaya menjadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan yang paling berjaya, atau mungkin yang seperti tahun sebelumnya, alhamdulillah...moga2 kemeriahan ramadhan itu tidak hanya ketika bulan ramadhan sahaja, biarlah tarbiyah ramadhan itu dapat diteruskan pada bulan2 yang seterusnya...inilah ujian sebenar, 11 bulan yang perlu kita istiqamah...agar hati kita tidak lalai lagi...
apapun, semoga hati2 kita tidak keras, dan tidak degil untuk menangisi dosa2 kita...dosa kita pada ALLAH, pada ibu dan ayah, pada isteri, pada keluarga, pada adik beradik, pada sahabat2, pada semua orang....kerana, dosa tetap dosa, walaupun kita memberikan pelbagai alasan...
Salam Hari Raya... Eid Mubarak...
moga kita terus menerus diampuni dosa, terus menerus diredhai dan dirahmati, dan moga2, kita akan terlepas dari azab kubur dan azab api neraka....
Moga Ramadhan yang berlalu, akan menghapuskan dosa, mendapat rahmat dan keampunan dari ALLAH s.w.t, dan moga2, dengan keberkatan ramadhan, kita akan terlepas dari azab api neraka dan azab kubur...amin....
Ramadhan Kareem hampir melabuhkan tirainya...madrasah ramadhan, semakin meninggalkan kita...jauh dan jauh....dan sekiranya ada umur yang lebih panjang, insyaALLAH berjumpa lagi...tapi pastikah kita? tidak pasti bukan? so, gunalah latihan daripada ramadhan ini untuk diteruskan lagi ke bulan2 "sebenar", sebelas bulan dalam bulan islam ini....
akhir kata
Wahai sahabat & diriku, jika sekitarmu menyebut-nyebut ucapan selamat hari raya, aku sinisnya senang mengucapkan selamat malam raya. Padaku & dirimu sahabat, aku bertanya, berapa ramaikah dari kalian yg menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti mana malamnya ramadhan? selain dari takbir & tahmid yang bergema di masjid2.Kita sibukkan diri dengan persiapan untuk harinya, sambil leka berhibur. Dimanakah pengertiannya hadith : Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
“ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
Ayuh diriku dan sahabat2ku, kiranya malam ramadhan itu kita culas dlm melakukan lebihan ibadat, kenapa tidak kita mengambil kesempatan yang hanya semalam eid itu, yg nyatanya kita tidak lagi berlapar dan hati yg gembira dgn sempurnanya ramadhan.
blog efx2 dah break down, rasanya selama-lamanya, same as modblog, dah hilang terus dari arena blogging, so, satu lagi blog untuk menggantikan efx2 dah pun dibuat, so, sila search sendiri untuk mencari, guna blogspot gak, lebih selamat rasanya, lagi pun, blogspot dah lama bertahan....ohhh....all my stuff in efx2 dah hilang...ok, what everlah, let the bygone be bygone...
"what comes around, will goes around"
ramadhan dah habis sepertiga pertama, and here we are, on the ten ramadhan...and setakat ni, rasanya macam2 cerita pasal ramadhan yang telah kita dengar and perkatakan...
mmm...ada satu pagi, beberapa hari lepas, dalam radio, perbincangan pagi hari, tajuknya adalah, "apa yang best tentang bulan puasa?", so, people all around malaysia call, and give their opinion, and all their thought about this topic, and of it, is
"paling best, bila time puasa ni, keje tiga jam je sehari, lepas tu, bos suruh balik, keje start jam 8 pagi, by 10 am or 11am, bos dah suruh balik. tu yang best tentang puasa"
haha, pelik kan? ada gak cakap, time bulan puasa ni lah nak makan something different, all the kuih muih yang tak pernah muncul, muncul time bulan ramadhan ni, and orang biasanya sangat seronok, and beli banyak benda untuk berbuka...
ada gak yang cakap, antara yang best time bulan ramadhan ni, adalah dapat pegi tarawih, alhamdulillah...
and sebut tentang tarawih, tahun lepas, merancang dengan kawan2, dengan hafiz bai, dengan arizam, nak pegi tarawih kat different masjid every night, paling kurang, 15 different places, but last year, its doesn't happen...but this year, senang nak tarawih lak..huhu...
first night, pegi kat masjid UTM, the next night, pegi kat masjid sri pulai...and next and next...and thats very interesting, even thought just in skudai area, but still, it have a different mood in different masjid...best woo...ada imam yang baca rileks je, habis satu muka satu rakaat, ada yang every second rakaat baca surah al-ikhlas..and before 9pm, dah habis 8 rakat...huhu...
that one thing that interest for me lah, to others, maybe this is a month that they can rileks from other thing, they can focus on their ibadah only, mostly pakcik2, every night, tidur and qiam kat masjid....datang seawal 10pm, tidor terus, takde borak2, and bangun by 3am...huhu..bestnyer...before subuh balik...
dan memang betul, this month dinyatakan sebagai bulan ibadah, bulan berpesta ibadah..pelik kan? ibadah pun nak berpesta, but thats the reality, people all around the world, penuhkan masjid, boleh lak habiskan al-Quran dalam satu bulan, and lesser, kalau bulan lain, setahun tak habis2 khatam quran...pelik kan? but thats the reality, semua orang berlumba2 nak tambah amal....huhu....
anyway, adakah kita addicted gak dengan pesta yang melanda hati ramai orang? atau kita masuk orang tak ambil peduli? atau kita langsung tak nak layan? atau tak sempat nak melayan? atau just nak amik sikit2 je amal yang termampu...?
terpulang pada kita? apa yang seronok pada korang dalam bulan ramadhan ni?
since the efx2 broke down or what so ever happen, so, terasa malas nak buat blog yang baru...so, bosan2, masuk je dalam blog ni dulu...nanti dah rajin sikit, baru buat yang baru...if i'm not lazy enough ler..hoho...
so, lately, in this ramadhan, tv9 started a very cute show, call Upin & Ipin, two brother, made by malaysian...and i'm really proud of it...its shows every friday, saturday and sunday, so, for starting, this is the three episode, haha...someone has upload it in youtube...so, you also can watch it...and this is special to those who stay or studying oversea, and didnt know about this show, so, this is it...layan beb! gerek gak, truly layan...haha...rasa macam nak cubit2 je pipi dieorang tuh...macam nak cubit pipi baby layth...errr...future doc, jangan marah, k? you can a lovely mom? keh keh keh...
anyway, lots of thing happen...and sometimes, i feel like i cant go on...but then, the spirit from everybody lift me up...and know, i'm on fire!!! come here master project, i'm gonna settel down with you!!! hohoho..
anyway, this is my first ramadhan as a husband..huhu...kelakar pun ada gak...anyway, keep up the good work...lalala...apa aku merepek ni...time puasa ni, kepala agak mereng sikit...so, layan je lah citer budak kecik dua orang nih...
masih versus tinggal? tajuk jenis apa ini? ok, cuba anda fikirkan, apabila kita sedang belajar, atau kita bekerja, dan kita perlu menyiapkan kerja kita, tugasan, atau mungkin, kita perlu belajar untuk peperiksaan yang semakin dekat masanya, apa ayat yang akan keluar dari kita?
"alamak, masa TINGGAL 2 minggu je lagi"
atau
"MASIH ada 2 minggu lagi!"
dalam frasa ayat yang pertama, seperti kita terkejar2 masa, seolah2 kita tidak berkesempatan untuk membuat kerja kita, tidak sempat nak belajar, tidak sempat dan tidak berkesempatan...
dalam frasa ayat yang kedua pula, ada dua situasi yang akan melanda kita, samada kita positif dan yakin dengan kemampuan diri kita, ataupun, kita leka, dan tidak ambil peduli...
jika kita positif, ayat panjangnya akan menjadi seperti berikut
"MASIH ada 2 minggu lagi, insyaALLAH, aku masih sempat siapkan, dengan jadual yang dirancang, insyaALLAH boleh!!"
begitu bersemangat dan berkeyakinan tinggi sekali, tapi cuba kita liha ayat berikutnya
"MASIH ada 2 minggu lagi, rileks arr, masih banyak masa"
gaya yang biasa kita dengar...lalu, kita bertanya kembali pada diri kita, kita ini jenis yang mana satu? yang yakin dengan kemampuan kita? atau tidak yakin? atau mungkin, mengambil dan membuat kerja sambil lewa sahaja...terpulang pada kita...kita yang lebih memahami diri kita..
kepada sahabat2 yang mengejar keberkatan ramadhan, MASIH ada 24 hari lagi untuk kita berkejar-kejaran, untuk kita memungut, untuk kita memperbaiki, untuk kita buat apa yang patut kita buat, dan memperbanyakkan lagi amalan kita yang sedia kala sedikit ini...
oleh itu, mari kita menambahkan keyakinan kita, yang walaupun 5 hari telah berlalu, tapi, MASIH ada ruang dan peluang untuk kita merebut, dan memperbaiki diri kita, agar ramadhan ini, walaupun tidak sepenuhnya, tapi masih punya ruang untuk diri kita perbaiki diri, dan lebih lagi, menambah ruang amal kita...
Bajet 2008 datang kembali, satu saat yang ditunggu2 oleh rakyat malaysia, selepas berhempas pulas selama setahun, dan selepas berakhirnya keseronokan menyambut kemerdekaan ke 50 kalinya...akhirnya, PM akan membentangkan bajet 2008...
bajet kali ini, katanya akan memberikan impak yang besar, dan lebih kepada keperluan ekonomi setempat, selepas kerajaan menaikkan gaji pekerja kerajaan diantara 15% - 35%, kali ini, yang memberikan impak sedikit negatif, apabila kebanyakan peniaga, menaikkan harga barang keperluan, dengan pelbagai alasan
lalu, kali ini, bonus yang ditunggu pegawai kerajaan juga menjadi satu persoalan, adakah ianya akan ada, atau akan ditidak adakan...atau mungkin, kali ini, bajet akan menyentuh aspek pertanian yang selama ini diperjuangkan oleh PM kita...
tapi, selepas beberapa ketika, terfikir juga, adakah kali ini, WPI, Koridor Utara, Koridor Timur, akan mendapat manfaat yang sama? atau sekadar menjadi angan2 semata?
sebagai penduduk malaysia, sebagai seorang mad'u, sebagai daie, sebagai apa juga diri kita cuba perlakukan, bajet 2008 ini, akan memberikan impak kepada kita, samada kita mahu, atau tidak, atau kita tidak mahu mengambil tahu...dan walaupun kita tidak mengambil tahu, ianya tetap akan terjadi, tetap akan berjalan, dan kita perlu berfikir, di mana kita, dan di mana sudut yang boleh kita gunakan untuk menjana modal insan, agar masyarakat tidak hanya mendapat keperluan ekonomi, tetapi juga, keperluan rohani...
bayangkan setelah sekian lama tidak pulang ke pangkuan keluarga, selepas "beberapa" ketika berjauhan dengan keluarga, akhirnya, saat bertemu kembali telah tiba...lalu hati bertanya, bagaimana rasanya saat itu?
pasti terasa seronok, walaupun perjalanan yang jauh, mungkin 5 jam, mungkin 8 jam, malah, mungkin seharian berada dalam kenderaan, akhirnya terbalas jua, saat bersalaman dengan ibunda, dan ayahanda tercinta, bukankah begitu? tidakkah terasa begitu?
begitu juga dengan ibunda dan ayahanda, saat berjauhan, termenung terfikir, saat bersendirian telah tiba....satu saat dan ketika dahulu, anak2 kecil, berlari keliling rumah, riuh rendah rumah, usik dan gelak ketawa seiring dengan hilangnya penat badan setelah seharian bekerja....
saat tangan dicium oleh anak sendiri, saat itu, terasa indahnya dunia ini...gembira tak terkata...
kerana itu, saat kawan2 pulang ke kampung, pulang bercuti bersama keluarga, saat kita memerlukan mereka, yakinlah, sebenarnya mereka jua rindukan keluarga mereka, walaupun kelihatan sukar untuk diyakini, seperti tidak kerinduan, tapi, sebenarnya, mereka rindukan keluarga mereka....berilah masa tersebut kepada mereka, kepada keluarga mereka, kerena mereka semua punya hak mereka, bukan masa itu hanya hak kita dan program kita sahaja....
tanggungjawab pada keluarga menjadi prioriti...andai itu sangat perlu dilakukan....
baru2 ni, terbaca banyak kisah berkaitan dengan kemalangan yang membabitkan pemandu bas ekspress, dan saat ini, pelbagai perkara telah dibuat pihak berkuasa, bukan setakat pihak berkuasa mencari2 salah dan silap pemandu bas, malah, ada pihak surat khabar pun terlibat sama, sanggup "meluangkan" masa untuk menaiki salah satu bas ekspress ke satu destinasi, semata2 untuk mencari salah dan silap pemandu bas...
satu kisah, melibatkan pemberita salah satu tabloid utama, dia telah menaiki salah satu bas, dan melaporkan pemandu bas yang memandu dengan berbahaya, melebihi had laju, bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa "hands-free" dan pelbagai lagi laporan yang diberikan.
seolah2, perkara ini menjadi satu isu yang sangat kritikal saat ini, lebih2 lagi, sudah dekat dengan cuti merdeka, dan juga, tidak lama lagi, cuti hari raya, pihak berkuasa melakukan semua perkara yang terfikir dek otak kita, dan pihak pengusaha bas, pening kepala, sebab pemandu sudah tidak mahu memandu, kerana takut disaman atas hal2 yang kecil. lalu, yang menjadi mangsa, seperti biasa, pengguna...
-------------------------------------
itu baru satu isu, isu yang lain, kehilangan nurin, seorang budak perempuan, yang hilang selepas pergi ke pasar malam, 8 hari lepas. sedih bukan? jarak dari rumah ke pasar malam hanya 100 meter, tapi, budak kecil itu tetap hilang entah kemana...
menjadi isu kenapa? bukankah ISLAM sendiri telah menetapkan, sekiranya seorang perempuan, ingin keluar rumah, perlu ada muhrimnya, lagi2 budak berumur 8 tahun, perempuan, malah, berpenyakit sakit buah pinggang lagi, dan perlu makan ubat setiap hari...sangat2 perlu untuk dijaga...ditemani...
sebab itulah, penting sangat untuk melakukan ajaran ISLAM sepenuh hati...sebab akibatnya, tidak terduga, ini baru satu contoh yang sangat kecil, isu2 yang lain? yang lebih besar?
-------------------------
semalam, dibincangkan sedikit perkara, tentang apabila kita inginkan sesuatu, nak beli sesuatu, nak siapkan projek master ke, PSM ke, nak buat apa jua pun, perlu sangat berdoa....doa itu sebagai senjata setiap mukmin...
teringat diri sendiri, yang malas berdoa, malah, selepas solat fardhu pun, tak berapa nak berdoa, kadang2 je...dan akhir2 ni, tersedar, dan cuba berdoa, walaupun pendek sahaja...bukan kerana apa, kerana ALLAH suka hambaNYA yang berdoa...tapi, kita (saya sendiri), seolah2 angkuh dengan tidak berdoa...(astaghfirullah...)...segan dengan isteri pun ada... ;p
anyway, doa itu sepatutnya menjadi mainan lidah, menjadi siulan kata orang...sebab kalau diikutkan, dalam setiap perkara, nak naik kenderaan, ada doanya, nak keluar rumah, ada doanya, nak makan, nak tidur, macam2 lagi, ada doanya...kan?
dan kalaulah doa kita tidak dimakbulkan dalam keadaan yang kita betul2 nak, yakinlah, bahawa, sebenarnya, doa itu tidak sia2, insyaALLAH, mungkin kita tidak dapat apa yang kita doakan, tapi kita akan dapat insyaALLAH yang lebih baik lagi...maka legakanlah hatimu...
dan sekiranya, tetap tidak mendapat apa2, yakinlah, doa itu tidak sia2, kerana, ianya akan ada sahamnya di akhirat kelak...amin....harap2nya begitulah ia....
oleh itu, rajinkanlah lidah kita untuk berdoa, agar ianya menjadi satu benda yang selalu kita kerjakan...
BRISBANE: Penduduk Muslim Australia hidup dalam ketakutan yang menjadi antara punca mereka meragui kerajaan dan hidup tersisih daripada masyarakat negara itu.
Mereka berasa takut melakukan sebarang perjalanan, baik untuk keluar dari pintu rumah sendiri sehinggalah menaiki pesawat kerana bimbang menjadi sasaran pihak berkuasa.
Ini didedahkan kajian kebangsaan ke atas penduduk Islam dan menjadi usaha pertama seumpamanya, lapor Brisbane Times, semalam.
Tinjauan itu antara lain mendapatkan pandangan rakyat tempatan mengenai tahap keselamatan mereka selepas kejadian 11 September 2001 di Amerika Syarikat.
Namun, berbanding masyarakat lain, penduduk Muslim memberi reaksi balas yang amat berbeza daripada yang lain.
“Hasil awal tinjauan di kalangan penduduk Muslim yang mewakili 1.5 peratus keseluruhan penduduk, amat mengejutkan. Berikutan itu kami terpaksa mengadakan kajian dengan masyarakat Muslim menjadi sampel kaji selidik lebih khusus bagi menjelaskan hasil awal itu,” kata Profesor Mark Balnaves, penyelidik di Universiti Edith Cowan yang turut terbabit dalam tinjauan berkenaan.
“Mereka amat bimbang dan ketakutan. Mereka takut untuk menaiki pesawat, takut melangkah keluar rumah atau menyertai masyarakat setempat.
“Penduduk Muslim ini juga takutkan kerajaan, tidak percayakan pihak media dan akibatnya mereka hidup tersisih. Penyisihan mereka itu pula membimbangkan kita,” kata Balnaves.
Tinjauan itu turut menunjukkan yang masyarakat Islam berkemungkinan besar membuat persiapan berdepan sebarang kemungkinan.
“Biarpun sanggup mempertaruhkan nyawa berjuang demi mempertahankan Australia, mereka kemudian sedar yang mereka sebaliknya dilihat secara satu ancaman kepada masyarakat lain.”
Pengerusi Forum Perhubungan Islam-Australia, Kuranda Seyit berkata masyarakat Muslim juga lebih berhati-hati dan terpaksa berfikir dua kali sebelum menyertai sebarang acara rasmi biarpun ia tidak menghalang mereka meneruskan perniagaan masing-masing.
Seyit juga mendakwa, perasaan takut itu amat ketara sehinggakan ada yang sanggup mengubah nama Islam atau Muslim mereka bagi mengelak menjadi mangsa diskriminasi sewaktu memohon pekerjaan.
Tinjauan itu dibuat di tengah-tengah kontroversi terbaru apabila pemimpin pembangkang, Pauline Hanson dan bakal Senator Queensland, James Baker secara terang-terang mengakui menjadikan masyarakat Muslim sasaran kempen mereka. – Agensi
dipetik daripada laman web berita harian bertarikh 21 Ogos 2007, bahagian Dunia, klik di sini
ayah saya suruh cari lagu ni, dah lama dah...so, baru dapat cari..sebab tak tahu tajuk lagu, tak tahu apa2...so, lastly, mama call satu pagi, dua hari lepas, suruh dengar ikim.fm, and time tu lagu ni dimainkan...so, tangkap lirik die je...alhamdulillah...dapat gak hari ni, selepas lebih dua bulan meneka2 lagu apa..huhu...
orait, khas buat wanie sayang, and ayah wanie...
Warisan
Jasa Bonda
Di saat kau lena dia berjaga Kau bersenang dia bekerja Untuk mu tiada terbatas Memberi tidak minta dibalas Ingin dibinanya untuk mu Kehidupan yang sempurna Punya kekuatan jiwa Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur Menegur sebelum terlanjur Itulah yang diwarisi Pesan ibu terpahat di hati Beringat-ingatlah berpesan pesan Untuk kebaikan Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang Engkau semakin dewasa Berjiwa merdeka Sedang dia semakin tua Membilang usia Di saat kau berjaya Dia tiada berdaya Semoga kau tak lupa Jasa bonda
satu video klip dari Top Gear, tentang kereta limousine, tapi hampeh giler..kelakar gak, boleh main blowling dalam kete...tak caya? tengok sampai habis...haha...
the next one, video my best friend wedding, jubey, dengan wardah, so, tengok, dan hayatilah ianya...masyuk tuh lagu video jubey..hoho
tahukah anda, tarikh kemerdekaan negara kita, negara malaysia ini? oohhh...iye, 31 ogos 1957, iye, betullah tuh, sangat betul...tapi, anda tahu ke tarikh hijrah untuk kemerdekaan kita? oo...belum tahu ye?...mm...betul juga tuh...
kita tahu kisah disebalik kemerdekaan kita? oo...iye, tunku onn jaafar pegi jumpa dengan ratu british time tuh, then, masa nak pegi, kumpul duit dari rakyat, untuk sokongan...mm...betullah tu...
then, tarikh tuh, sape ek yang pilih? oo....tak tahu ek? mestilah tunku kan? tapi, betul ke? ke masih ada orang yang yang die berbincang? oooo...tak tahu ye? takpelah...
kenal ke Tuan Guru Abdullah Fahim? ala, datuk kepada Pak Lah...tak kenal? ha'ah, saya pun tak kenal, tak tahu pun cerita...tapi hari tu, ustaz rifqi ada bagitahu, Tuan Guru Abdullah Fahim, adalah antara ulama malaysia saat kemerdekaan dulu...tak percaya? err....kite kene cari buku ulama malaysia, yang nombor dua...ada gambar lagi...ha'ah, pernah nampak kan? oo...tak minat? takpelah...
masa tunku pegi, die naik apa ek? naik kapal ke? ha'ahlah, die pegi naik kapal, dua minggu tu, lama sangat...kenapa ek? pastu balik naik kapal terbang..kenapa tak naik kapal terbang je masa pegi? ooo...tak tahu gak...emmm....susah gak, mengaku je anak malaysia, rupanya, banyak lagi kita tak tahu kan? teruk betul kita nih...kita disogokkan dengan kisah2 dari barat je...sedangkan ada sejarah dari negara kita sendiri...kan?
------------------------------------------------
ketika tunku ingin pergi berjumpa ratu british saat itu, die bertanya kepada Tuan Guru Abdullah Fahim, pendapat beliau ketika ingin ke sana, samada ingin menaiki kapal laut, atau kapal terbang, lalu Tuan Guru menyatakan, pergilah menaiki kapal laut, kerana dalam perjalanan selama dua minggu itu, mereka dapat berbincang lagi sesama sendiri, mengenai perkara berkaitan, dan menghadamkan kesemuanya, dan apabila bertemu ratu british kelak, mereka dapat menjawab semua persoalan dengan lancar dan tepat....
selepas selesai Tunku pulang daripada britian, dia bertemu dengan Tuan Guru sekali lagi, untuk mendapatkan tarikh yang sesuai, dan menggunakan ilmu falak, yang beliau kuasai, tarikh yang diberikan adalah
31 Ogos 1957 Masihi
bersamaan
5 Safar 1377 Hijrah
nah, sekarang anda tahu tarikh hijrah kemerdekaan negara malaysia, indah kan begitu? kita sibuk meraikan kemerdekaan, tanpa mengetahui apa yang ada disebaliknya...sedihnya hati, sebab diri sendiri pun masih banyak tidak tahu...moga ALLAH bagi kekuatan untuk mengenal lebih lagi, agar ianya dapat menambah IMAN dalam hati ini...dan hati isteri, hati kedua ibu bapa kami, saudara2 kami, sahabat2 kami...dan kaum muslimin seluruhnya....amin...
hehe, malas nak update tentang niat tuh, actually, terdetik nak upload tentang niat, sebab nasyid dari muadz, dari album die al-asr, a moment..something like that...
anyway, semalam, isteri tersayang ajak pegi ke majlis ilmu, IMAN CORNER, yang dianjurkan oleh otai2 KRI, so, layan jelah..patutnya ada mesyuarat untuk program lain, so, tunggu orang, sekali call umayr, tak jadi lak mesyuarat, ganti hari jumaat, so, apa lagi, layan je lah majlis ilmu tuh...
---------------
malam yang bening, ustaz memulakan ceramah dengan lafaz bismillah, dan dengan menggunakan teknologi power point, die terus memaparkan tajuk ceramahnya malam itu, C.I.N.T.A, satu tajuk yang sangat sinonim dengan kita...tapi, apa maksud sebenarnya?
dihuraikan dari surah at-Taubah:24, ---> sekiranya bapa2 kamu, anak2 kamu, isteri kamu, perniagaan yang kamu takut kerugian and so on...lebih kamu cintai dari kecintaan kepada ALLAH dan RasulNYA, dan berjihad di jalan ALLAH, maka tunggulah......
lalu dihuraikan oleh ustaz rifqi lagi, dalam hadith yang dibentangkannya, sape yang patut kita cintai? pertama sekali, ALLAH, kedua, cinta orang yang mencintai ALLAH, dan ketiga, cinta kepada amalan2 yang mendekatkan kita kepadaNYA...
dan seterusnya, ustaz menerangkan, dalam hadith yang lain, perkara yang akan mengampunkan dosa hamba2 ALLAH yang banyak dosa ni, iaitu;
berjalan ke masjid
duduk bertafakur dalam masjid selepas solat berjemaah
mengambil wudhu' dengan sempurna
bercakap dengan lemah lembut dengan orang2 lain
sentiasa menjaga solat malam
oleh itu, apa lagi kawan2? jangan tunggu2 lagi, lakukan apa yang patut, kita mengejar redha ALLAH, moga dosa2 kecil dapat dihapuskan terus (aminn....), dan amalan harian bertambah juga (aminnn lagi sekali)
so, pada semua, moga ada sedikit manfaat untuk diri sendiri dan orang lain. teringat, kebiasaannya, orang2 tabligh akan memberikan tasykilnya, dan dieorang akan cakap, tazkirah ni, sebenarnya untuk diri sendiri, sebab telinga sendiri lebih dekat dan lebih dengar apa yang dicakapkan, dalam ni, penulis sendiri yang baca terlebih dahulu dari orang lain...moga bermanfaat..aminn...
------ *kredit to isteri tersayang sebab ajak pegi ceramah semalam
pernah ke dengar tentang niat? rasanya banyak kali telah diterangkan, disuakan dengan pelbagai kisah tentang niat...tentang seorang abid, tentang hijrah lebih2 lagi, sebab apa? sebab masa hijrah, ramai yang ikut berhijrah, tapi niatnya berbeza....
apapun, niat yang penting, akan tetapi, niat, tidak menghalalkan cara....penting sangat...alamak, tak sempat, keje banyak...upload and update lain kali...lalalala
keperluan untuk merancang, seperti tidak menjadi satu habit pada diri sendiri. seolah2 semua perkara akan menjadi dan terjadi begitu sahaja...seperti mengharap ianya akan berlaku, dan dnegan hanya mengatakan "jadilah", dan benda itu terjadi...
tidak, tidak dan tidak, sebagai manusia, perlu sangat2 untuk merancang, dengan pelbagai kaedah...ada cara A, ada cara B, bergantung kepada seseorang...yang penting, ianya perlu untuk dizahirkan...ditulis, di apa jua. kerana manusia yang tidak merancang, sukar mencapai matlamat hidupnya...
matlamat hidup? ramai yang bertanya...dan ada yang menyasarkan matlamat hidupnya, untuk menjadi insan yang soleh, solehah. ada yang menyasarkan lebih sikit lagi, agar dapat bersama keluarga mengamalkan ISLAM sepenuhnya...ada yang lebih lagi, nak bersama daulatkan negara menjadi negara ISLAM, dan ada yang lebih lagi, untuk seluruh alam mengamalkan ISLAM...
so, terpulang pada kita...dan juga, tengok kemampuan kita...bukankah begitu?
so, bile nak tahu? bile nak bermula, mulakan dengan langkah pertama...insyaALLAH, langkah bermula, dan terus melangkah...kiranya penat, berhenti sebentar, dan teruskan perjalanan...
hari hari, telah pun berlalu, usiamu, makin bertambah, seorang ibu, sudah semakin tua, namun terus berkorban, untuk sesuap rezeki, agar sempurna, hari depanmu....
---------
alhamdulillah, akhirnya, selepas kejatuhan seperti sudah berakhir...dan semoga, semangat yang ALLAH berikan ini, mampu untuk menguatkan lagi keazaman dan kekuatan dalaman diri untuk terus berdiri dan terus berdiri di atas jalan yang DIA redhai...aminn...
beberapa hari ini, saat dan waktu seperti semakin suntuk, seperti masa itu tidak lagi memberikan ruang dan peluang untuk diri bernafas dan menarik nafas lega...
namun, dalam kesibukan dan kepayahan hidup yang macam2 ada ini...perlu diingatkan, perlunya untuk menyeimbangkan banyak perkara, rohani kita, fikiran kita, dan juga fizikal kita...semuanya perlu diseimbangkan, lagi2 dalam hidup berkeluarga, perlu bersama2 untuk menguatkan semuanya..harapnya, ia mampu untuk menjadi kenyataan...
terasa lama benar tak berjoging...tapi, riadhah yang lain, masih ada dilakukan. terasa seperti telah berlaku zalim pada jasmani, dengan tidak memberikan keperluan yang sepatutnya...
insyaALLAH, kita cuba azam, perkahwinan tidak menyekat gaya hidup yang sihat, malah, menuntut agar lebih lagi menggayakan cara hidup sihat, supaya dapat menjaga keluarga, menjaga kesihatan, spiritual, dan juga akal fikiran..
moga ALLAH permudahkan..aminn.....
Monday, July 02, 2007
Assalamualaikum,
terasa sangat dengar lagu nih...sedih sangat pun ada gak..tak tahulah...
walaupun nampak seperti ianya lagu yang kureng, tapi liriknya, sangat menyentuh hati...thanx to grapenasyeed.com sebab menunjukkan lagu ni...isk isk..*nangis sendirian...
awal minggu ini, keputusan mengenai kemasukan ke ipta telah diumumkan di dalam internet, melalui laman web MOHE (ministry of Higher Education Malaysia), ramai yang telah mendapat tempat, mendapat kursus yang diinginkan, dan mendapat universiti yang diidamkan...
namun, masih ada yang tidak mendapat kursus yang diinginkan, malah, ada juga yang tidak mendapat universiti yang dikehendaki...lebih lagi, ada yang langsung tidak mendapat apa2 tawaran daripada mana-mana institusi.
hati mula terasa gelisah, dan resah, seperti tidak mampu menerima takdir. perancangan selama ini, hancur berkecai begitu sahaja...seolah2, tiada lagi masa depan...
dalam masa yang sama, terdengar juga kisah, ada orang yang berusaha untuk sambung belajar selepas diploma, berusaha selama tiga tahun, dan akhirnya, tahun ini, rezekinya dimurahkan oleh ALLAH, dan dia mendapat tempat ke IPTA...
namun, kadang2, kita terlupa, kita merancang dengan segala daya kita, dari awal lagi, tiga bulan, dua bulan sebelum sesuatu itu terjadi, akan tetapi, kita terlupa untuk memohon dengan lebih sedikit kepadaNYA, agar pintu rezeki untuk kita dimurahkan...
dan tidak dilupakan, bahawa perancangan kita, tak semuanya selari dengan perancangan ALLAH untuk kita...kita kan hambaNYA? maka, perancanganNYA lebih baik lagi untuk kita...mungkin kita terfikir, betapa luruhnya hati, pabila tidka mendapat jawapan, semua perancangan kita hancur...tetapi, tidka pada ALLAH, perancanganNYA cantik, terlalu cantik untuk dipertikaikan oleh kita...
oleh itu, perhatikanlah kembali, sejukkanlah kembali hati kita dengan zikir kepadaNYA, agar hati kita lembut, dan menerima perancanganNYA dengan hati yang lebih terbuka, dan berharap, agar hikmah yang tersembunyi disebalik dugaan itu, terbuka dan difahami oleh benak kita..
insyaALLAH, untuk kebaikan bersama, teruskan hidup, dan tetapkan matlamat seterusnya..moga ALLAH akan terus membantu....aminn...
Alhamdulillah, akhirnya, selesai juga semua perkara yang dirancang, selepas setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya, pada 9 jun 2007, ALLAH telah mengizinkan kami, untuk bernikah, seadanya....
terima kasih pada yang menghadirkan diri ketika majlis pernikahan...terlalu ramai yang datang pula, rasanya, yang dijemput beberapa orang, apapun, terima kasih juga..
and terima kasih yang datang ke majlis sebelah pengantin lelaki...moga ALLAH memurahkan rezeki kalian pula..
kalau difikirkan, secara dasarnya, mesti takut bila difikirkan tanggungjawab, terasa berat sangat, tapi insyaALLAH, itu semua dilakukan sekali dengan bantuan daripada ALLAH...yang penting, keyakinan yang teguh kepadaNYA...bukankah begitu?
pada yang masih takut2 lagi, insyaALLAH, yakinlah dengan janjiNYA, yakinlah dengan pertolongannNYA..moga ALLAH terus menerus memberkati dan merahmati hidup kita semua...
syukur sekali lagi kepada ALLAH yang memberikan salah satu nikmat yang besar, yang menyempurnakan separuh dari hidup hambaMU ini yang mengharapkan redhaMU...
Kawan… Dunia Kita Memang Berbeza Jalan Kita Melencong Dan Lurus Namun Matlamat Kita Tetap Sama Jadilah Insan Yang Tulus
Hidupku Aku Yang Rasakan Bukan Seperti Yang Kau Andaikan Tak Seindah Yang Kau Anggapkan Tapi Cukup Untukku Dendangkan Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini Sekadar Untuk Sendiri Renungi Bukan Saling Menyalahi Tiada Sebab Yang Tersembunyi
Duniaku… Tak Seindah Pandanganmu Namun Cukup Untukku Dendangkan Padamu Lagu Ini Hari Ini…
Mereka Semua Tak Peduli Apa Yang Telah Aku Lalui Ada Yang Hanya Tahu Mengeji Syukur Masih Ada Yang Mengingati Kawan Lihat Diriku Ini Kita Hanya Beza Rupa Hakikat Sama
Tak Hindar Salah PadaNya Bukakah Kita Telah Berjanji Pada Dia Untuk Saling Menyanyangi Kasihnya Bawa Kita Ke Sana…
Duniaku… Tak Seindah Pandanganmu Namun Cukup Untukku Dendangkan Padamu Lagu Ini Hari Ini… …Untuk Kita Renung Kembali Bila Tiba Masanya Nanti Apakah Kau Masih Mendengar Lagu Ku Ini?
Ingatlah Kita Suatu Hari Nanti Semua Pasti Pergi Tiada Terkecuali Pergi Ke Sana Menemui Guru Sejati Dia Yang Bersemayam Di Arasy Yang Abadi
Waktu Itu Lagu ini Tiada Erti Lagi Dan Pastinya Tiada Yang Mendengari Asalkan Siapa Yang Ada Sekarang Bisa Menilai Yang Boleh Dan Yang Terlarang
Janji Dari Ilah mu Pasti Hadir Dunia Ini Pasti Berakhir Ingatlah Wahai Semua Musafir Hari Yang Akhir… Kian Menghampir…
--------------
hari ini terasa sedih sangat, tak tahu kenapa...mungkin sebab keadaan diri sendiri yang teruk kot..tak tahulah...so, lagu ni jadi tema hari ini..hidup ku ini tak seindah yang orang lain lihat, ramai yang melihat seperti saya teruja dengan apa yang akan terjadi, tapi hakikatnya...entahlah..moga ALLAH bagi kekuatan atas dugaan yang saya sendiri tidak mengerti dari mana ia kan datang...