hati yang tidak thabat,
tertaut hasutan syaitan,
menerima mainan nafsu,
menjadikan diri semakin lesu...
tertaut hasutan syaitan,
menerima mainan nafsu,
menjadikan diri semakin lesu...
alhamdulillah, satu hari yang sangat2 indah, dan sangat2 ceria....dengan cerita sadis disebaliknya...
semalam, lepas kepenatan pulang ke rumah, selepas satu hari bekerja, dan cerita2 disebaliknya, dengan niat cuma nak melelapkan mata, berbaringan...kemudian, dengan izin ALLAH, berjaya untuk menidurkan diri sehingga jam 12 tengah malam....memang sedih gak..yelah, solat maghrib, isya semua hampeh! tak dapat berjemaah...sadis gak ar...tapi takpelah...tak sedar langsung...tu lah akibat kalau tidor tak baca doa tidor, tak baca ayat kursi...lajak giler2 tak ingat...tapi insyaALLAH, ada hikmahnya, kan? at least, dapat rehat sikit berbanding hari2 biasa...dan alhamdulillah, hari ni, bermula dengan sangat ceria, dan mampu untuk berkerja dan membelajarkan diri dengan seronok! hehe...
tapi, hari ni, tak dapat thabat, sebab tidor terlebih2 lak! buruk betul perangai...anyway, just nak kaitkan sikit, kadang2, kita terlalu sibuk dengan urusan kita, dengan kerja, dengan belajar, dengan tugasan, dengan program, dengan apa jua yang kita lakukan....tanpa tak sedar, kita tak berehat, dan sekali sekala, ALLAH sengaja collapse kan kita, kalau nak pikir secara negatifnya, "alamak, banyak kerja tak siap! banyak benda tak sempat buat!" tapi kalau pikir secara positifnya, "alhamdulillah, ALLAH bagi sedikit kerehatan pada diri ni, moga2 kita mampu akan berusaha lebih lagi selepas kerehatan ini....insyaALLAH..."
so, rasanya cukuplah dulu, nak kene settlekan banyak benda lagi....nak kene g kelas jap lagi, dahla tak pose! hampeh betul! nak kene makan jap, pastu g kelas...harap2 tak collapse lagi, sebab ada class 2.30 - 7 ptg! haha! seronoknya hidup, indahnya hidup ini, bila berteraskan iman dan islam...indahnya hidup bila bergantung pada ALLAH semata....kalau berjaya tanamkan dalam hati macam ni, mesti sangat indah hidup ini...
wassalam
-zakri-
No comments:
Post a Comment